Nota: Hakikat Penciptaan Manusia part 1 (21 April 2012)

bila cakap tentang hakikat kejadian manusia, apa yang kita fikir?baby?khalifah  atau hamba?haaaaa..so jom kita explore dan mencari jawapan InsyaAllah🙂

lazimnya bila kita bercakap tentang manusia, kita akan terbayang tentang satu susuk tubuh. kita manusia secara amnya terdiri drpd 2 komponen iaitu roh dan tanah. Dalilnya adalah firman Allah dalam Surah As-Sajdah (32:7-9):

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; (7) Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; (8) Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (9)

ayat ini menceritakan tentang kejadian kita dari tanah. penciptaan manusia pertama adalah daripada tanah iaitu nabi Adam. Dan penceritaan tentang nabi Adam tidak berakhir disitu sahaja. Allah menceritakan tentang kisah penciptaan nabi Adam dalam surah Al-‘araf dari Ayat 11 hingga ayat 25 (7:11-25).Dalam ayat ini ada kisah yang detail apa yang berlaku setelah Allah berfirman kpd malaikat. Allah memerintahkan malaikat mengambil beberapa jenis tanah daripada bumi.Tanah ada pelbagai jenis; tanah liat, tanah gambut, tanah pasir. dalil manusia dari tanah :

Surah Al-An’aam ayat 2

Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). (2)

Surah Ar-Rahman ayat 14

 Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar. (14)

Surah Al-Ahzab ayat 11

Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula). (11)

Surah Al-Hijr Ayat 26

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. (26)

kita kadang-kadang  geli dengan tanah berlumpur yang kotor. sepatutnya kita kena sedar.yang kita daripada tanah. jadi kita tak sepatutnya menjadi makhluk yang sombong dimuka bumi. Nabi Adam dijadikan dr tanah manakala keturunan Nabi Adam dijadikan drpd persenyawaan.

Jadi boleh dikatakan manusia juga dijadikan drpd air mani. Kalau fikir-fikir balik, dari mana tempat keluar air mani, kita akan rasa geli.  Air mani tak boleh guna untuk bersuci pon. Tapi disitulah Allah telah meniupkan roh, yang memberikan kita manusia satu kemuliaan. Roh itu yang menghidupkan Nabi Adam. Dengan bentuk dari tanah shj, manusia belum lengkap.

Roh yang melengkapkan manusia. Cth labu sayong. Tiada roh jadi labu sayong tidak bernyawa, hanya sekadar sebuah benda yang berbentuk.
Bila tiada roh dalam badan, kita tak panggil manusia dah. Kita panggil mayat. Jadi kesimpulannya, apa yang ada dalam badan manusia yang menyebabkan kita panggil manusia itu manusia? Jwpnnya adalah roh.Kemuliaan manusia itu terletak pada roh. Ketaqwaan juga terletak pada roh manusia.

Manusia terdiri drpd tanah dan roh. Dua-dua ada keperluan yang berbeza. Kalau tanah, kita perlukan something daripada tanah. Kita makan sayur yang ditanam dalam tanah. Itu kita beri kecukupan kepada keperluan fizikal kita. Kalau roh, kita perlukan bekalan dari empunya roh itu, iaitu Allah. Sebab Allah yang meniupkan roh kepada manusia.
Allah telah beri kita kemudahan yang mencukupi untuk memenuhi tujuan penciptaan kita.

3 elemen penting pada manusia:

hati

  • hati ibarat raja yang mengawal aktiviti kita.
  • hati punya kesan yang besar ke atas tindakan kita.
  • dalam hati ada keazaman.
  • tempat menakung iman

akal

  • tempat simpan ilmu
  • menghayati keindahan alam. berfikir tentang kebesaran Allah.

jasad

  • anggota mengamalkan apa yang kita dah paham.
  • (7:179)

ketiga-tiga elemen ini memikul amanah untuk beribadah kepada Allah (51:56) dan sebagai khalifah (2:30).
kesimpulannya kesemua ini tidak akan berakhir didunia shj. Semua orang akan mati dan diberi balasan di akhirat kelak.manusia dicipta dengan tujuan tertentu.Allah mencipta alam untuk manusia. Supaya mudah untuk manusia mencapai tujuan penciptaannya.manusia ini bersaudara atas dasar akidah. bukan warna kulit.kita kene laksanakan amanah yang diberi kepada iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah.kehidupan kita didunia ini bukan untuk main-main sebab nanti ada balasan di akhirat kelak.

Allahu a’lam


About kuliahsyifa

Kuliah Umum Online Deutschland
This entry was posted in Nota. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s