[Nota] Dia yang mencintaimu

            Nabi kita dilahirkan pada 12 Rabiulawal mengikut sirah,walaupun ada perbahasan jugak.Ada yang mengatakan bukan 12 hb,mungkin  9 hb.Tapi InsyaAllah,tiada yang menafikan kewujudan Nabi Muhammad.Kewujudan Nabi Muhammad S.A.W diperakui oleh orang bukan Islam dan orang Islam.Jarak antara Nabi Muhammad dan Nabi Isa ialah 571 tahun..Jarak penurunan Wahyu antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad S.A.W sangat jauh.Masa tu kristian dah terpesong.Oleh itu Allah telah menghantar Nabi Muhammad untuk memperbetulkan akidah manusia yang telah sesat.Rasulullah S.A.W telah dilahirkan pada zaman jahiliah,banyak kerosakan akhlak seperti assabiah,perompakan perzinaan,pembunuhan,penindasan ke atas wanita.Kedatangan Rasulullah membawa sinar harapan kepada manusia,membawa satu hak dimana perempuan ada haknya,dan lelaki ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan kepada perempuan.Tetapi dengan kedatangan Islam,kehidupan berubah dari segi akhlak dan sebagainya..

Keistimewaan Sirah Rasulullah S.A.W

1)Dipetik daripada buku Mustafa Syibaie ,sirah Rasulullah S.A.W sangat istimewa.Sangat sahih ,dicatat oleh ulama-ulama.Sirah Rasulullah ditulis dengan sangat sempurna dan ada sumber-sumbernya.

2)Kehidupan Nabi jelas seperti manusia biasa.Tak ada manusia yang hebat macam Nabi.Nabi ditampilkan sebagai seorang pemimpin,sebagai suami,sebagai ayah,sebagai datuk,sebagai jiran.Tak ada orang lagi sempurna daripada Baginda.Jadi memang sangat-sangat sesuai untuk kita ambil kehidupan Nabi sebagai pengajaran untuk kita perbaiki kehidupan kita kehidupan keluarga kita,jiran kita dan sebagainya,supaya jadi hamba Allah yang lebih soleh .

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (33:21)

Sahabat pernah bertanya kepada Aisyah tentang akhlak Rasulullah.Aisyah menjawab,akhlak Rasulullah adalah akhlak Al Quran.Kalau pemimpin sekarang,ada sahaja bahagian yang kurang.Tapi MasyaAllah,Rasulullah sempurna.

3)Hidup Nabi Muhammad bebas dari sebarang dogengan.
Kalau kita banding dengan ajaran Buddha,sampai satu tahap sampai tahap Budha,kalau Hindu pula ada Karma.Tapi Nabi Muhammad makan ,minum,ada anak,bekerja ,tidur.-Kehidupan Nabi memang macam manusia biasa.Orang tidak boleh mendakwa Nabi tak buat benda tu tak buat ni.

Ada orang datang kepada Rasulullah mengatakan nak puasa berterusan tanpa berbuka,tidak mahu  tidur  dan tidak mahu berkahwin
Rasulullah menjawab Baginda lagi baik daripada mereka semua,tapi Baginda tidur,berpuasa tetapi berbuka dan beristeri,…
Jika dalam agama Kristian,ada sisters dan paderi yang tidak berkahwin.Mungkinlah mereka rasa nabi Isa tak kahwin, iman lagi tinggi.Tetapi itu melanggar fitrah manusia.Dalam sejarah,bila tidak berkahwin,ada sahaja masalah-masalah yang berlaku pada paderi-paderi ini.Hidup sebagai seorang Islam adalah syumul.
Islam memberikan hak yang sepatutnya diberikan kepada orang yang sepatutnya diberikan.Contohnya ibu kena menyusukan anaknya dan fitrah anak tu akan lebih rapat dengan ibunya.Islam sangat memenuhi fitrah manusia

Kenapa kita mesti mencintai Rasulullah.

1) Firman Allah:

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (9:24)

 Dalam ayat ni,Allah kata Allah dan Rasul yang paling penting.Tak ada sekutu.Walaupun kita ada anak,ada kerja atau apa sahaja yang kita suka,tapi kita tak boleh melebihkan benda lain melebihi kecintaan kepada Allah dan Rasul.

Allah yang telah memberikan nikmat kepada kita.Nikmat Islam dan Iman tu yang sangat besar.Islam datang dengan membawa Rasulullah sebagai contoh ikutan.Rasulullah datang untuk memperbetulkan balik kekacauan atau kerosakan akhlak yang buruk di muka bumi ini.Kalau kita tengok sirah Rasulullah, betapa besarnya jasa Rasulullah untuk membina Madinah selama 10 tahun iaitu sebuah negara Islam.Iman para sahabat yang membantu pembinaan negara Madinah Rasulullah ialah iman tip top.Rasulullah sangat menyanjungi sahabat-sahabatnya sampai Baginda berkata,tak boleh dibanding dengan orang lain.Kalau kita infak satu gunung emas takkan sama dengan infak para sahabat 1 genggam emas..Jasa Rasulullah sendiri yang membawa manusia daripada kefasikan kepada cahaya terang benderang .

2)Hadis Riwayat Bukhari:

Tidak beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintai daripada orang tuanya,anak-anaknya dan manusia seluruhnya.

3) Firman Allah lagi:

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (2:31)

Kalau kita dah umur 20.Contoh kalau purata umur 60 tahun.Selama ⅓ kehidupan kita apa kita dah buat.Betul ke kehidupan kita ini ,kita dah ikut sunnah-sunnah Rasulullah.Walaupun sekecil-kecil benda seperti senyum,kalau kita buat dengan kefahaman ,yang kita buat itu kerana itu sunnah Rasulullah,kita tetap akan mendapat pahala,yang mungkin kita tak sedar pun.Kadang-kadang kita tengok orang-orang non muslim lebih baik daripada kita,mungkin pada akhlaknya,mungkin pada penampilannya tapi sayangnya mereka tak ada kalimah La Ilaha Illallah.Tapi kita ada kalimah La Ilahaillallah

          Rasulullah pernah bersabda menurut sebuah hadis,sesungguhnya aku rindu Ikhwan-Ikhwanku.Sahabat bertanya kerana berasa hairan,bukankah kami  Ikhwan mu?Rasulullah menjawab bukan,kamu adalah sahabat-sahabatku.Sahabat berasa pelik.Rasulullah menjawab,Ikhwan adalah mereka yang belum pernah melihat aku,tetapi mereka beriman kepada aku dan mencintai aku melebihi anak-anak mereka.Sahabat masih tidak berpuas hati dan bertanya lagi,bukankah kami ikhwan engkau?Nabi menjawab bukan,kamu adalah sahabat-sahabatku.Nabi bertanya Abu Bakar,bukankah kamu juga merindui Ikhwanku,mereka juga mencintai kau lantaran kau sahabatku.Mereka adalah umat Nabi sesudah kewafatan Baginda.Tetap beriman kepada Rasulullah,membaca Al-Quran dan Hadis,mencintai Rasulullah sebagai rasulyang terakhir dan mencintai sahabat yang turut menegakkan Islam.Ikhwan-ikhwan itu orang yang merindukan Rasulullah.Kalau kita cinta kepada Rasulullah,cinta kita kepada Rasulullah akan membuatkan Allah sayang kepada kita dan Rasulullah cinta kepada kita.Cinta itu satu perasaan yang susah nak digambarkan.Kadang-kadang mungkin tak ada sebab pun kita nak cinta dengan orang itu.

Kita ni penuh dengan keburukan-keburukan,tapi kalau kita cuba untuk beramal dengan sunnah Rasulullah ,InsyaAllah dapat pahala dan dirindui oleh Rasulullah S.A.W
Dengan sekecil.kecil benda contohnya berselawat kepada Nabi akan dapat banyak pahala.

5)Firman Allah:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (9:128) Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. (9:129)

Kisah-kisah kecintaan sahabat-sahabat  kepada Rasulullah S.A.W

Mereka adalah orang-orang yang tawaduk,zuhud.Mungkin kalau nak banding dengan kita,siapalah kita dengan mereka.Tapi kalau ikut hadis tadi,Nabi bagitahu yang dia rindu pada kita.Oleh itu kita harus rebut peluang ini

1)Abu Bakar As Siddiq
Sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah danantara sahabat yang mana salah satu sahabat yang semua keluarganya masuk Islam.Abu Bakar pernag tutup lubang untuk mengelakkan Rasulullah terkena sengatan ular.Abu Quhafah ayah Abu Bakar masuk Islam masa pembukaan Kota Makkah.Abu Bakar mestilah nak ayah dia masuk Islam,tapi dia tak masuk Islam masa Rasulullah berdakwah kat Makkah awal-awal dulu.Masa ayah Abu Bakar masuk Islam,Abu Bakar menangis.Rasulullah pun tanya Abu Bakar,kenapa kamu menangis wahai Abu Bakar.Abu Bakar menjawab lebih aku sukai kalau yang berjabat tangan denganmu sekarang adalah ayah saudaramu Abu Talib.
Masa Abu Talib hampir meninggal,Rasulullah ada di sisi Nabi dan Nabi meminta Abu Talib menyebut kalimah Tauhid,tapi Abu Talib enggan kerana tidak mahu mengubah agama nenek moyangnya.Pada saat terakhir hidup Baginda,Nabi naik ke mimbar dan  berkata ,ada seorang hamba Allah ,dia diberi pilihan untuk hidup di dunia atau di akhirat.Dan hamba itu memilih akhirat.Abu Bakar menangis.Sahabat bertanya kenapa Abu Bakar menangis.Abu Bakar menjawab bahawa hamba itu adalah Nabi yang telah memilih untuk meninggal kan dunia ini.

2)Ummu Sulaim
Dia berkahwin dengan Abu Talhah.Suami dulu dia Malik meninggal dalam keadaan kafir.Anak dia dua orang Al Bara’ dan Anas bin MalikSemasa semua orang lain memberi sesuatu kepada Rasulullah,dia tak ada harta untuk diberikan kepada Rasulullah.
Oleh itu, Ummu Sulaim memberi anaknya kepada Rasulullah untuk menjadi hamba Baginda,untuk menolong Baginda.Ummu Sulaim faham mengapa dia mahu menyerahkan anaknya kepada Rasulullah.Dia mahu Rasulullah mendidik anaknya Anas bin Malik menjadi orang yang hebat.Anas Bin Malik akhirnya menjadi perawi hadis yang hebat.

3)Bilal Bin Rabah

Zaman Rasulullah beliau selalu laungkan azan.Tapi selepas Rasulullah wafat beliau tidak dapat melaungkan azan lagi.Selepas kewafatan Nabi ,beliau  terlibat dalam ekspedisi menyebarkan Islam.Semasa beliau pulang ke Madinah,cucu Nabi memujuk Bilal untuk laungkan azan kat Madinah .Disebabkan Hassan dan Hussin sudah memujuk,Bilal pun bersetuju.Penduduk Madinah pun keluar dah tertanya-tanya,adakah Nabi telah hidup balik.Bukan sahaja Bilal sahaja yang sedih,Penduduk Madinah pun sedih.Bilal tidak dapat menyambung azan ketika sampai pada kalimah azan yang bermaksud,Aku naik saksi Nabi Muhammad  itu pesuruh Allah.Bilal menjadi sebak dan tidak dapat meneruskan azan.

Betapa sahabat-sahabat Nabi sanggup mengorbankan apa sahaja untuk Islam.
Abu Bakar pernah menderma seluruh harta,apabila orang tanya apa yang beliau  tinggal kan  untuk anak beliau,dia jawab Allah dan Rasul.

Abu Sufian masuk Islam masa pembukaan Kota Makkah.
Setelah masuk Islam,Abu Sufian memberitahu pernah berjumpa dengan pembesar Rom dan Parsi ,tapi tidak penah melihat pengikut-pengikut yang cinta pemimpinnya sehinggakan sanggup mati untuk lindungi Rasulullah.Pengikut-pengikut sanggup melindungi Rasulullah dalam peperangan,sampai mereka yang terkena panahan atau pukulan terlebih dulu .

Kenapa pengikut-pengikut sanggup buat apa sahaja?Sebab akhlak Nabi itu sendiri….Jiwa dan peribadi Baginda sangat mulia

Akhlak Nabi

Lemah lembut,pemaaf,sabar,kasih sayang,tak putus asa.Akhlak Quran.Contoh kesabaran Nabi ialah  kisah Nabi di Taif.Orang-orang Taif mencela Nabi. Sampaikan orang-orang situ menyuruh budak-budak lempar batu kat Nabi dan Nabi cedera.Nabi balik dengan perasaan sedih.Selepas itu,datanglah malaikat kepada Nabi dan berkata, kalau kau nak aku lagakan dua gunung (Taif antara dua gunung),akan aku buat.Nabi tidak mahu membalas dendam dan dia masih mengharap penduduk Taif  mendapat hidayah.Alhamdulillah,akhirnya Allah takdirkan penduduk Taif memeluk Islam.Kasih sayang Nabi sebagai ayah,suami tiada tolok banding.Contoh ketika dengan Aisyah,dia berlumba lari dengan Aisyah.Bayangkan,ada ke lelaki yang matang mahu berlari-lari dengan isteri dia.

Baginda memahami jiwa-jiwa di sekelilingnya.Rasulullah selalu melawat jiran.Rasulullah selalu lawat Ummu Sulaim dan  bermain dengan anak Ummu Sulaim.Baginda juga sifatnya lemah lembut yang tiada tolok bandingnya.Rasulullah dalam kehidupan dia sangat dekat  dengan Allah. Rasulullah Qiamulai sampai pecah-pecah kaki sehinggakan Aisyah  bertanya kenapa perlu solat susah-susah sampai pecah-pecah kaki kepada Rasulullah.Rasulullah menjawab ,salahkah Baginda menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Sangat banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.Adakah kita sudah menjadi orang yang bersyukur.Adakah bila kita gembira kita lupa kepada Allah?

Peristiwa kewafatan Rasulullah

Rasulullah mulai sakit pada bulan Safar tahun ke 11 Hijrah,lepas Rasulullah menghantar angkatan tentera menyerang Palestin,Jordan dan Rom.Mula-mula  Rasulullah  terlantar sakit kat rumah ummu mukminin saidatina MaimunahSelepas dapat persetujuan daripada isteri-isterinya yang lain,akhirnya Rasulullah tinggal di rumah Aisyah.Rasulullah menyuruh Abu Bakar menjadi Imam.Rasulullah selak tabir  dan melihat orang mukmin hendak mendirikan solat subuh berjemaah.Abu Bakar ingin memberi ruang kepada Nabi kerana menyangka Nabi hendak menjadi imam.Selepas itu, Rasulullah bagi isyarat dengan tangan,menyuruh  orang lain menyambung solat.
Sahabat lain  menyangka Nabi dah nak pulih.Sebab nampak Rasulullah S.A.W boleh tersenyum.Lepas tutup tabir,Rasulullah kembali ke pembaringan.Sakit dia bertambah penat.Lepas solat subuh itu,sahabat-sahabat bertebaran  kerana menyangka Nabi sudah pulih.Rasulullah minta satu gelas air daripada Aisyah dan berdoa kepada Allah.Rasulullah mengatakan  sakit sakaratulmaut seperti memabukkan.Rasulullah sebagai seorang manusia turut merasa rasa sakit sakaratulmaut.Masa Nabi di ambang maut,Aisyah mendengar sesuatu yang Nabi telah membuat pilihan.Aisyah mengangkat kepala Rasulullah ke ribanya.Pastu Rasulullah S.A.W menghembuskan nafasnya yang terakhir.Walaupun di saat-saat akhir,dia masuh memohon ampun kepada Allah,walaupun dia bukannya buat dosa atau Kisah ini diambil daripada bidaya wal hidayah.Kisah ummati ummati tak ada dalam riwayat yang sahih.Rasulullah sakit dalam dua minggu.Dan badan Rasulullah sangat-sangat panas sehingga sahabat tak sanggup memegangnya.Abu Bakar tidak ada bersama Rasulullah semasa Rasulullah wafat.Masa tu Abu Bakar berada diatas kuda.Masa Abu Bakar sampai ,Abu Bakar tengok Nabi dah ditutup dengan kain.Abu Bakar pun pergi ke mimbar ,dan cakap “kalau kamu sembah Muhammad,Muhammad telah wafat.Tetapi Allah itu akan sentiasa hidup”.Abu Bakar pun lalu membaca Al Imran 2:144 yang menjelaskan Muhammad itu hanyalah seorang rasul.Adakah jika Rasulullah wafat ,adakah kamu akan berpaling tadah.Mendengar kata-kata  ini,Umar pun terduduk dan menangis.Umar sampai kata siapa  kata Rasulullah dah wafat aku bunuh.

Ummu Aiman,penjaga Rasulullah masa Rasulullah kecil menangis.Abu Bakar bertanya kepada Ummu Aiman kenapa kamu menangis?.Ummu Aiman menjawab,aku menangis bukan kerana Rasulullah wafat tetapi kerana wahyu telah terputus.Abu Bakar,Umar dan Ummu Aiman pun menangis bersama-sama.Mereka sedar kalau ada kesukaran yang berlaku,dah tak ada tempat untuk mengadu dan terpaksa bergantung dengan apa yang mereka telah belajar dengan Rasulullah S.A.W.

Sekarang ini cuba tengok dimana kedudukan Islam itu.Dunia tengok Islam itu terrorist.
Kalau kita sedar apa yang Rasulullah buat,kita akan cuba memperbaiki Islam di mata dunia.Rasulullah dah lama meninggalkan kita tapi Hadis dan Al Quran tu masih ada untuk kita pegang.

Kesan-kesan cinta kepada Rasulullah

Dalam kutbah wida’ :Nabi bersabda yang membawa maksud seperti ini:

“Wahai manusia tidak ada lagi nabi selepas ini.Fahami betul-betul apa yang aku ingin sampaikan.Aku tinggal kan dua perkara yang kalau kamu berpegang teguh dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al Quran dan Hadis.Hendaklah orang yang mendengar kata-kataku menyampaikan kepada orang yang tiada disini.Semoga orang akhir lebih faham daripada orang yang mendengar secara terus.”

Hadis  Rasulullah juga:

Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.”

Banyak aspek kehidupan yang kita kena perbaiki.
Contohnya adakah  kita khusyuk dalam solat kita.Malulah kita dengan Rasulullah S.A.W. Nabi bukannya orang kaya. Tapi bila Islam datang,Nabi  dan sahabat-sahabat pun memberi harta ke jalan Islam.Sahabat Rasulullah,Salman Al Farisi,sebelum meninggal,
beliau menangis.Saad bin Waqas bertanya kenapa kamu menangis wahai Salman,di saat-saat akhir kehidupan kamu.Salman menjawab ,aku tidak menepati janji dengan Rasulullah.
Saad bertanya apa yang kamu janjikan dengan Rasulullah.Aku berjanji dengan Rasulullah aku tak ambil apa-apa daripada dunia ini melainkan sedikit.
Harta beliau selepas Salman al Farisi meninggal  26 atau 27 dirham sahaja.

Begitulah sahabat-sahabat Nabi.Sampaikan masa hampir wafat masih  risau lagi.Cuba kita tengok diri kita.Berapa banyak duit kita dalam bank.Berapa banyak yang kita dah sumbangkan  untuk Islam?.Kita boleh meluangkan masa berjam-jam membaca buku tetapi adakah kita mampu meluangkan masa utk belajar agama Allah?Hidup Nabi dan sahabat-sahabat  Rasullullah hanya kerana Allah.Semoga apabila kita belajar sirah Rasulullah akan memberi semangat kepada kita disaat iman kita lesu .Semoga kita berusaha untuk menjadi khalifah kepada diri kita sendiri,keluarga kita,orang-orang di sekeliling kita.InsyaAllah mari kita memperbetulkan matlamat hidup kita dan semoga kita terus mencari apa yang kita boleh sumbangkan dan memperbaiki diri kita.

Kelebihan Selawat Nabi

1)Sesiapa yang berselawat ke atas Nabi,Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali.
Bila kita berselawat ke atas Nabi ,Allah akan mendoakan kesejahteraan kepada kita

2)Sesiapa yang berselawat ke atas Nabi sekali,akan dicatat 10 kebaikan kepada kita.

3)Dihapuskan 10 dosa dan diangkat 10 darjat kemuliaan dan diberi kebaikan.

4)Kita dapat bersama Nabi pada hari Akhirat.
Orang yang paling banyak berselawat ke atas Nabi,akan mendapat tempat dekat Nabi nanti.

5)Mendapat selawat daripada Malaikat.
Malaikat berselawat sebanyak mana yang kita berselawat ke atas Nabi

6)Mendapat syafaat Nabi
Sesiapa yang  berselawat 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang akan dapat syafaat pada hari kiamat

About kuliahsyifa

Kuliah Umum Online Deutschland
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s