[Nota] Islam, a Religion of Faith Part 2

Penceramah: Encik Muhammad Jaysuman Pusppanathan

Mukaddimah

Setiap orang Islam yakin bahawa dia dilahirkan sebagai seorang yang tidak berdosa dan yakin yang Syurga sedang menanti dia sekiranya dia beriman. Akan tetapi orang Kristian percaya yang setiap bayi yang dilahirkan itu mempunyai Original Sins. Dan dalam dunia ini terdapat dua aspek besar iaitu Creator( Pencipta) dan Creation (yang dicipta). Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan dan bukan diciptakan untuk disembah. Oleh sebab itu kita tidak boleh menyembah Jesus kerana Jesus adalah ciptaan. Jesus adalah tidak wujud sehingga Jesus dilahirkan Maryam.

The Bible

  • Kitab Injil (Bible) diturunkan kepada Nabi Isa, Kitab Taurat (Torah) diturunkan kepada Nabi Musa dan kitab Zabur (Psalms) ditutunkan kepada Nabi Daud

  • Kita beriman bahawa kitab ini pernah diturunkan. Tetapi sebagi muslim kita hanya melaksanakan dan menurut apa yang tertulis didalam Al-Quran.

  • Bible hari ini terdiri daripada dua bahagian iaitu:

    • Old Testament (perjanjian lama)

      • Diturunkan sebelum Jesus

      • Terdiri daripada Torah (The books of Moses) dan Psalms (The poetical Book)

      • ada 39 Kitab dan dalam Setiap kitab ada banyak chapter dan dalam setiap chapter  ada banyak verse.

    • New Testament (perjanjian baru)

      • Diturunkan selepas Jesus

      • Terdiri daripada Gospel (Injil). Gospel bermaksud berita baik.

      • ada 27 Chapter

  • Keseluruhannya terdapat 66 Kitab dalam Bible. Dan Injil hanyalah salah satu kitab daripada himpunan kitab-kitab dalam Bible.

Christianity

  • Kristian terbahagi kepada 4 mazhab utama:

    • Prostestanism

      • Berasal drpd perkataan protes.

      • pengasas adalah Martin Luther dan John Kelvin

      • mengasaskan mazhab protestanism kerana hendak protes mazhab Catholic yang konon-kononnya menyebarkan banyak bid’ah dalam kepercayaan mereka.

    • Catholic

    • Orthodox

    • Non-Trinitanian

      • salah satu cabang kepercayaan ini yang popular adalah Jehovah Witnesses yang sangat aktiv dalam menyampaikan dakyah mereka.

  • Perpecahan dikalangan mazhab ini bermula pada tahun 330 Masihi (3rd Century) iaitu setelah Jesus diangkat naik ke langit oleh Allah.

  • Sebenarnya setiap Mazhab mempunyai bilangan kitab (Canon) yang berbeza. Sebagai contoh, Protestanism mempunyai 66 kitab tetapi Kristian Catholic mempunyai 73 kitab. Maksudnya Catholic mempunyai lebih 7 Kitab daripada Protestanism. Jika mereka berasal dari satu sumber yang sama, macam mana boleh ade perbezaan dari segi bilangan  kitab? Jika kita compare dengan Islam, Islam juga mempunyai mazhab-mazhab yang berbeza. Tetapi kesemua mazhab ini berpegang kepada sumber yang sama iaitu Al-Quran dan kita membaca Quran yang sama dan mengucap syahadah yang sama.

  • Chritianity juga terbahagi kepada 3 Kumpulan utama iaitu:

    • Unitarian

      • Percaya yang Jesus itu seorang lelaki hebat dan Nabi utusan Tuhan.

      • Jesus tak pernah mengaku sebagai Tuhan

      • Tuhan itu satu yang mana Jesus panggil sebagai “Our Father”

      • Holy Spirit pula adalah kekuasan Tuhan

    • Trinitarian

      • Percaya yang Jesus tu adalah 100% Tuhan dan 100% manusia

      • Jadi Jesus ada 2 keinginan dan ada 2 nature.

      • Sedangkan keinginan manusia dan Tuhan adalah berbeza. manusia perlukan makanan, minuman sedangkan Tuhan tidak perlukan semua itu.

      • mereka percaya Trinity (1 Tuhan dalam 3 Element: Jesus, Holy Spirit, God)

    • Binitarian

      • Percaya Jesus 50% manusia dan 50 % Tuhan.

  • Kita sebagai muslim tidak mempunyai masalah ini kerana kita percaya pada satu Tuhan iaitu Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Missing Verses In Bible

  • Kita selalu berkata yang Bible adalah kitab yang ditokok tambah, kitab yang asal sudah tidak wujud, tetapi pernah kita baca kitab Bible? pernah kita baca kitab asal Bible? Dan kebanyakan kita akan berkata tidak.

  • Ada beberapa ayat dalam Bible yang tidak ada ( Matthew 17:21), (Mark 9:44). Bila ditanya, mereka menjawab itu kerana printing error. Ini kerana boleh jadi ayat tu memang tidak wujud tetapi mereka yang menokok tambah ayat tersebut.

  • Jika kita bandingkan dalam Al-Quran, tiada ayat yang hilang. Dan tiada perselisihan antara satu mazhab dengan mazhab lain tentang ayat-ayat Quran. Menunjukkan al-Quran itu perfect dan dipelihara Allah. ( An-Nisa 4:82)

  • Salah satu website untuk Bible yang terkenal adalah BibleGateway.com (top 5) sebab scholars pon refer sini sebab ada banyak bahasa.

  • Jika kita lihat dekat website ni Kitab dan verse berikut ( Mark 19: 9-20) , state dekat atas verses tu ayat berikut: [The earliest manuscripts and some other ancient witnesses do not have verses 9–20.]

  • Sepatutnya, jika fikir secara logik semakin awal manuskrip itu, semakin sahih la manuskrip tersebut sebab lebih dekat dengan zaman Jesus. Jadi maksudnya mereka memang tambah verses tertentu dalam kitab mereka sebab kitab kuno tiada ayat yang mereka tambah tu.

  • Antara soalan-soalan yang kita boleh tanya diri sendiri dan orang lain untuk hilangkan keraguan adalah:

    • Adakah Jesus itu Son of God @ God @ God The Son?

      • Jika Jesus itu Son of God,  maka Jesus adalah bukan Tuhan. tetapi mereka percaya Jesus adalah Tuhan.

      • Jika Jesus itu God, maka Jesus bukan manusia. Tetapi Jesus adalah manusia kerana Jesus makan dan berasa lapar.

      • Jika Jesus God The Son, maka Tuhan bukan satu. Tetapi mereka percaya Tuhan itu Satu.

    • Siapa yang disalibkan, Tuhan atau manusia?

      • sudah tentu manusia disalibkan. Jadi maksudny Jesus adalah manusia bukan Tuhan dan tidak perlu disembah.

    • Adakah Adam, Moses (Musa) , David (Daud), Maryam etc menyembah Jesus?

      • Tentulah tidak kerana mereka wujud terlebih dahulu sebelum Jesus.

    • Adakah Jesus Christ itu Kristian?

      • Sudah tentu tidak. Kerana jika ditanya apakah agama yang dianuti Jesus, pasti Jesus menjawab : Total Submission to One GOD (ISLAM). Jadi Jesus bukan Kristian. Tetapi Nabi Muhammad Muslim. Jadi terbukti Islam agama yang benar.

Abrahamic Faith

  • Terdiri daripada Judaism, Christianity dan Islam.

  • Christian percaya Jesus dari keturunan Nabi Ibrahim dari Nasab keturunan Nabi Isa

  • Dan Nabi Muhammad pula berasal dr keturunan Nabi Ismail

  • Jadinya kesemua agama ini berasal dari Nabi Ibrahim

    • Judaism

      • Berasal daripada nama Judah (adik-beradik Nabi Yusuf)

      • Boleh refer Kisah Nabi Yusuf kena campak dalam perigi oleh abang-abangnya dalam Surah Yusuf (Surah ke-12 dalam al-Quran)

      • Dalam Book of Joseph pun ada menceritakan tentang ini. mungkin lebih detail. Kita baca sebagai nak tambah pengetahuan.

    • Christianity

      • berasal daripada nama Christ dan nama ini diberi oleh manusia yang mencipta kepercayaan ini.

      • jika jita ada peluang untuk tanya Nabi Musa apakah agama yang dianutinya, pasti Nabi Musa menjawab total Submission to one GOD..Jadinya Nabi Musa tak sembah pun Jesus..sebab Nabi Musa hidup sebelum Jesus hidup.

      • Compare dengan Islam, Islam itu bukan nabi Muhammad yang namakan tetapi Allah (Ali Imran 3:19) (Al-Maidah 5:3)

Kesimpulan

Banyak sangat lohong-lohong atau lubang-lubang dalam Bible.Dan kekurangan atau lohong-lohong ini adalah berkaitan akidah. Sebab itu orang Kristian sentiasa dalam keraguan dan mereka tidak tahu pun yang mana antara mazhab mereka sendiri yang paling benar. Boleh Rujuk ( al-Baqarah 2:2 dan 2:147)

About kuliahsyifa

Kuliah Umum Online Deutschland
This entry was posted in Nota. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s