[Nota] Rahsia Al-Kautsar

Rahsia Al kautsar by Wan Fadhilah Wan Ibrahim

Pengenalan surah :Antara surah terpendek dlm quran selain Surah Al-Asr. Mengandungi 3 ayat sahaja. Surah Makiyyah : diturunkan waktu nabi masih diawal dakwah Nabi di Mekah.

Asababulnuzul :Sewaktu permulaan dakwah Nabi Muhammad ketika islam mula mula sampai, masyarakat pada waktu tu jahiliyah mereka sudah lama tiada nabi dan tradisi menyembah berhala mengikut nenek moyang berleluasa di dalam masyarakat. Tiba-tiba wahyu cahaya itu dtg kpd Nabi Muhammad saw. Allah angkat Nabi Muhammad jadi rasul. Wahyu pertama Nabi iqra‘ sewaktu nabi duduk berkhalwat atau beruzlah yakni mengasingkan diri di gua hira‘. Wahyu pertama itu ialah surah iqra. Disitulah bermula nya dakwah nabi. Masyarakat jahiliyah pada waktu itu tidak boleh menerima dakwah nabi itu kerana ape yg dibawa oleh Nabi itu bertentangan dengan ape yg mereka amalkan. Mereka menyembah berhala tetapi Nabi mengatakan berhala itu bukan tuhan mereka. Nabi berkawin dengan Siti Khadijah dan dikurniakan 7 anak, 3 lelaki dan 4 perempuan. Dengan takdir Allah, Allah menarik anak lelaki Nabi Muhammad saw, ketiga-tiganya meninggal sewaktu  masih kecil lagi. Apabila kafir quraisy mendapat tahu mereka sangat gembira. Terutamanya apabila mereka mendapat tahu Ibrahim iaitu anak lelaki nabi yang terakhir juga meninggal. Seorang lelaki dari kaum quraisy mengatakan, biarkan dia dan nnti dia tiada keturunan dan semua dakwahnya itu akan  berakhir. Mereka sgt gembira dan mengejek-ngejek nabi dan menggelarkan nabi al-abtar yakni orang yg terputus zuriat. Suruh ni diturunkan utk memujuk nabi utk menghadapi kutukan orang Quraisy tu. Antara surah lain memujuk nabi : Surah Insyirah, Surah ad-duha. Surah memujuk nabi itu lah benda yg paling ditunggu-tunggu oleh nabi. Dalam tafsir Ibnu Kathir mengatakan bahawa pada masa kejadian tu nabi tersangat sedih kerana orang kafir Quraisy mengejek nabi adalah orang yg terputus zuriat. Bile turunnya surah ni nabi mengatakan : dr Anas ibn Malik : inilah yg ditunggu-tunggu olehku untuk terus menyebarkan islam.

Ayat 1 :

Al kautsar : nikmat yg melimpah ruah . Dalam beberapa tafsir lain ada beberapa maksud dan para ulamak daripada hadis memberi tafsiran pasal al kautsar.

Tafsir Fi-zilal : al kasrah – mutlak tanpa batas , banyak tanpa had. Kurniaan Allah pada Nabi melebihi daripada semua orang lain. Dia diangkat menjadi rasul. Allah kurniakan Al-Quran yang mana masih lagi dibaca sehingga sekarang yang Allah turunkan pada nabi beribu-ribu tahun dulu..Sunnah dan hadis-hadis kisah hidup Rasullah saw masih digunakan utk panduan kite untuk menjalani kehidupan kita sebagai seorang muslim. Baiknya Allah kerana maha pemurah maha penyayang nye Allah, Dia turunkan lagi nabi utk kite.

Hadith Tarmizi Abdullah bin Umar : Sebuah sungai di syurga nanti

Hadith muslim anas bin malik : Kautsar adalah sebuah sungai sebelum menjelang ke syurga. Allah dah turunkan kepadaku. Allah janjikan di syurga nnti ada sungai ni utk aku.. pastu Anas bertanya samada sungai tu untuk nabi sahaja lalu nabi menjawab sebenarnya kautsar tu untuk umatnya jugak..untuk  pengikut nabi. Kautsar ni diberi gambaranya sangat indah. Walaupun seluruh umat minum dari telaga itu ianya takkan kering.

Ayat 2 :

Sesungguhnya Kami bagi kamu nikmat yg sgt banyak maka dirikan lah solat dan berkorbanlah dgn ikhlas (Penggunaan kami dalam ayat : Allah gunakan kata ganti aku dan ada guna kami dalam Al-Quran…dari penggunaaan Kami itu, Allah menunjukkan kekuasaanNya):Allah perintahkan kite untuk bersyukur. Allah perintahkan kita solat kerana Allah bukan kerana benda lain. Solat adalah antara tanda syukur kite pada Allah kerana Allah mengurniakan kite pelbagai nikmat.

Dalil dari Surah Ibrahim:34 berkenaan nikmat : Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kami tidak akan mampu menghitungnya..kalo diimbas sejarah hidup kite dr kecik sampai sekarang. Macam-macam yg Allah bagi pada kita..nikmat ibu bapa, iman dan islam yg paling besar, peluang belajar dan mendapat biasiswa. Rugilah kite kalo kite menjadi hamba yg tidak bersyukur. Nikmat paling besar iman dan islam. Nikmat individu muslim dpt praktikkan Islam ni walaupan dikomuniti bukan majority islam. Tanpa diboikot dan dipulaukan jika dibandingkan dengan zaman nabi dulu dipulau diseksa dikeji. Kite tidak di uji dgn semua itu sekarang. Kite patut bersyukur. Kite kena tunjuk syukur kite tu melalui solat dan berkorban. Korban aidiladha : hanya untuk Allah. Solat bukan untuk menunjuk-nunjuk. Kite membesar dgn byk nikmat Allah setiap hari makanan kesihatan usw.

Dirikanlah solat hanya utk Allah semata-mata kerana itula benda paling penting untuk akidah kite seorang muslim : hanya kerana Allah tiada yang lain selain itu. Aku bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah. Allah ingatkan kepada nabi pada masa itu dan juga untuk orang-orang yg mengikuti nabi. Jikalau kite melambat-lambatkan solat kerana menonton tv , mungkin kite dah lebihkan tv dari solat kerana Allah. Mungkin sudah lari matlamat kita?

Ayat 3 :

Masyarakat Mekah di zaman dakwah nabi tu orang yg ramai anak itu dikira hebat. Jikalau ada anak laki dan semuanya meninggal akan digelar abtar ( orang yg terputus). Nabi antara yg digelar abtar pada masa tu sbb kesemua anak lelaki nabi meninggal dunia.  Bila turunnya ayat ni Allah terangkan balik sebenarnya orang yg terputus tu orang yg mengejek2 nabi. Allah balas balik kutukan mereka kepada nabi sbb sume orang yang mengutuk nabi Muhammad dan mengakatan bahawa dakwah nabi sampai disitu sahaja. Sebenarnya nikmat iman islam tu smpai kehari ini tidak terputus. Kite masih lagi membaca Al-Quran, kita mengaku kita muslim, kitasolat dan buat ape yang Allah perintahkan kepada kita. Orang Quraisy lah orang yg terputus. Kejahatan kesesatan kekufuran akan terputus walau sejauh mana pn ia pernah berkembang.

Manhaj Nubuwwah yg akan berakhir. Islam tu akan  berada dipuncak suatu hari nnti. Yang hak akan menang juga akhirnya dan yg batil itu akan lenyap.

Pengajaran/ Mesej dr surah :

1)    Kite yakin bahawa Allah telah dan akan menganugerahkan nabi dan pengikutnya kurniaan yang melimpah ruah yang tidak terhingga. Kite kena yakin Allah akan bersama dgn orang yg ikut ape yg Allah dan nabi suruh. Kita jgn takut dgn kata-kata orang yang mengejek  jika kite mengajak ke arah kebaikan. Kalo kite yakin itu benda baik Allah dan nabi suruh buat, walaupn orang mulanya akan pulaukan kite ataupun merasa pelik tetapi kite kena yakin Allah akan memberi kite ganjaran dlm kehidupan kite di dunia dan akhirat.

2)    Sentiasa bersyukur kpd Allah terutama nikmat iman dan islam. Rugi la kite kalo kite tidak bersyukur dan tidak melahirkan kesyukuran kite tu dalam bentuk amal. Nikmat harta keluarga kesihatan. Kite kena sentiasa bersyukur. Cthnya pagi doa dalam al mathurat ada doa bersyukur. Dlm surah Ibrahim : kalo kite bersyukur Allah akan tambah lagi nikmat itu.

3)    Jauhkan segala amalan yg boleh mensyirikkan Allah. Kite kena jaga dgn setiap tindakan kite setiap hari jangan kite mensyirikkan Allah. Kite jalan melebihkan sesuatu tu lebih drpd kite melebihkan Allah. Melengah2kan suruhan Allah. Maknanya kite lebihkan kerja kite drpd suruhan Allah.

4)    Nilai setiap perkara tu adalah mengikut ukuran Allah bukan mengikut ukuran manusia. Masa turunnya surah ni anak lelaki nabi mati maka mereka mengatakan tiada orang akan sambung dakwah nabi tp hakikatnya sampai hari ni kita masih mengamalkan islam dan dakwah nabi masih berterusan. Manusia ni lemah..mungkin ape yang kite fikir tu lain tp semua boleh terjadi jika Allah mahu menangkan agamanya. Yang hak itu pasti akan tertegak. Kite kena termasuk dalam orang yang menyumbang. Kita tak boleh hanya yakin Islam akan tertegak suatu hari nanti tanpa kite menyumbang sesuatu. Kite kena jadi antara yang menyumbang dalam kenaikan Islam tu nanti.

5)    Jangan mengumpat dan mengejek orang lain. Ikut Asababul nuzul : mengejek dan mengumpat nabi tp tengoklah apa yang Allah bagi kepada mereka yang mengejek nabi tu.

Surah walaupn pendek tp impaknya sgt besar. Ini macam Allah bercakap dgn kite. Bile kite dgr ni kite berfikir. Banyaknya Allah sudah bagi kepada kite dari  kecil lagi. Rugila kite kalo kite tidak bersyukur. Laksanakan lah solat dan sume ibadat kite hanya kerana Allah. Bukan sebab sebab lain. Semoga kite tidak tergolong dalam orang yg benci nabi atau orang yang benci kepada orang yg mengajak ke arah islam.

About kuliahsyifa

Kuliah Umum Online Deutschland
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s