[Nota] Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
(Penceramah : Wan Zaireen binti Yahya)
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan bukan sahaja untuk menguji kesabaran kita menahan lapar dan dahaga malah bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita mengoptimumkan ibadah kita untuk dijadikan bekalan 11 bulan yang mendatang.

Pada sesi kuliah online yang lepas, penceramah membuka kata dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari surah Al-Baqarah (2:183-185). Dalam ayat ini Allah telah menurunkan perintah kewajipan berpuasa bagi seluruh umat Islam. Selain itu, Allah juga menerangkan keistimewaan bulan Ramadhan iaitu bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran.

Di dalam Al-Quran terdapat sangat banyak petunjuk dan peringatan dari Allah. Tetapi adakah kita mengambil pengajaran dari ayat-ayat Allah ini? Sesungguhnya kita menzalimi diri kita sendiri seandainya kita mengabaikan ayat-ayat Allah ini. Peringatan-peringatan yang diberikan oleh Allah itu tidak lain agar kita mendapat ketaqwaan yang sebenarnya sebagaimana yang tertulis dalam Al-Quran dalam surah Al-A’raf (7:171-179)

• Ayat 7:171
– Allah sedang berkomunikasi dengan kita
– Allah memberi gambaran kepada kita akan kekuasaanNya iaitu jika Dia mengangkat gunung ke atas kita seakan-akan gunung itu naungan awan, tiada siapa yang dapat memegang gunung itu dari jatuh melainkan Allah swt.
– Allah telah banyak memberi tanda-tanda dan amaran kepada kita seperti gempa bumi, banjir dan gunung berapi supaya kita tanya diri kita adakah kita sudah sensitif untuk mendekatkan diri kepada Allah.
– Manusia sangat senang untuk lalai dan leka. Tetapi Allah Yang Maha Pemurah telah memberikan kita jalan penyelesaian untuk kita mengekalkan keimanan kita iaitu berpegang teguhlah dengan apa yang diberikanNya kepada kita iaitu Al-Quran
– Untuk berpegang teguh dengan Al-Quran bukanlah hanya dengan membaca untuk kepuasan diri tetapi membaca Al-Quran itu untuk menghayati segala petunjuk dan amaran yang diberikan Allah.
• Ayat 7:172
– Allah memberi peringatan tentang asal usul diri kita iaitu Allah telah keluarkan kita dari tulang sulbi.
– Allah telah membuat perjanjian dengan diri kita di alam roh. Sebelum kelahiran roh kita telah bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan kita.
– Allah menceritakan balik kesaksian kita itu di dalam Al-Quran supaya tiada lagi alasan di akhirat kelak bahawa kita lengah (ghafilin) terhadap perkara ini.
• Ayat 7:173
– Peringatan Allah itu juga agar tiada lagi alasan untuk kita menyalahkan orang lain atas kelalaian diri sendiri.
– Pada hari akhirat nanti kita tidak boleh menyalahkan ibubapa kita atas kesalahan diri kita kerana Allah telah pun memberi peringatan yang jelas di dalam Al-Quran.
• Ayat 7:174
– Allah bangunkan diri kita dari kelalaian dan lena yang panjang
– Ayat-ayat yang diturunkan Allah itu adalah supaya kita sedar dan kembali kepada kebenaran
• Ayat 7:175
– Allah sedang berkata-kata dengan diri kita.
– Allah memberikan peringatan dan hidayah kepada kita tetapi kita melepaskan diri dari ayat-ayat itu dan mengikut ajakan syaitan sampai kita tergoda dan sesat.
– Bila kita buat sesuatu benda yang salah kita akan semakin jauh dari Allah sebab kita rasa segan untuk berdepan dengan Allah. Pada masa yang sama syaitan akan terus menggoda dan mencucuk supaya kita rasa malu dengan Allah dan tidak berharap akan keampuanan Allah dan menyebabkan kita semakin jauh darI Allah.
• Ayat 7:176
– Allah membuat perumpaan orang-orang yang tidak mendengar dan mendustakan ayat-ayat Allah adalah seperti anjing
– Anjing sentiasa menjelirkan lidah sama ada sebelum atau pon selepas mendapat sesuatu.
– Bila manusia itu disamakan dengan binatang, manusia itu tidak ada nilainya lagi.
• Ayat 7:177-178
– Bila kita buat sesuatu perkara yang keji atau mungkar, kita tidak menzalimi sesiapapun melainkan diri kita sendiri.
– Tiada siapa yang dapat memberikan petunjuk dan hidayah melainkan Allah swt.
• Ayat 7:179
– Dalam neraka jahanam banyak dari golongan jin dan manusia. Adakah Allah itu kejam? TIDAK. Malah Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
– Allah memberitahu keadaan golongan yang akan menjadi penghuni neraka jahanam supaya kita sentiasa beringat dan sedar.
– Kita tak nak menjadi golongan yang tidak tahu menggunakan hati, mata dan telinga yang diumpamakan Allah seperti haiwan ternakan.
– Jadi kita kena selalu hidupkan hati, mata dan telinga kita untuk mengingati Allah swt supaya ,kita menjadi hamba yang dicintai Allah.
Kenapa puasa di bulan Ramadhan itu penting?
– Mendidik kita menjaga hawa nafsu. Bila kita berpuasa, jasad kita dah ditutup dan disekat. Jadi roh-roh kita yang perlu dihidupkan supaya menjadi roh-roh yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah swt.
– Menjadi satu medan tarbiyah untuk diri kita. Allah jadikan Ramadhan sebagai satu tempat persediaan untuk kita menghadapi 11 bulan yang mendatang.
– Memohon keampuanan Allah. Pintu segala rahmat adalah keampunan Allah. Allah mengajak kita beristighfar dan memohon ampunan dariNya kerana Allah Maha Mengetahui bahawa kita memang tidak terlepas dari dosa.
– Hadis Rasulullah saw :
“ Sangat rugi hamba-hamba Allah yang melalui Ramadhan tapi dosa-dosanya tidak diampunkan Allah swt. “

SOAL & JAWAB
1. Tips khatam Al-Quran dan tafsir dalam masa satu bulan sepanjang bulan Ramadhan.
– Bagi kita yang tidak memahami arab memang agak susah untuk kita khatam Al-Quran dengan maksudnya sekali dlam masa 30 hari.
– Tapi apa yang kita boleh buat:
• Baca al-Quran dan tafsir secara berterusan walaupun hanya 2 helai sehari
• Berdoa agar dengan kita sentiasa baca Al-Quran suatu hari nanti kita sampai ke satu tahap yang mana kita dapat faham isi Al-Quran secara terus. Walaupun mungkin kita tidak dapat faham sepenuhnya, tapi sekurang-kurangya kita dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan oleh Allah.

2. Apa yang bole dilakukan untuk mengeluarkan diri dari belenggu ghafilin tambah-tmbah lagi bila berseorangan?
– Seboleh-bolehnya hendaklah kita cari persekitaran baru yang boleh mengeluarkan kita dari belenggu itu. Contohnya tengok movie adalah dalam belenggu rantaian jahiliyyah. Jangan wujudkan satu keadaan yang mana kita ada masa untuk tengok movie. Kita cuba cari sesuatu untuk menggantikannya seperti baca Al-Quran atau keluar bersiar-siar yang boleh mengelakkan kita dari terus melakukan perkara-perkara yang melaghakan itu.

3. Macam mana nak baca Al-Quran dengan hati dan bukannya dengan akal? Tips untuk baca dan terus resap dalam hati.
– Kita kena ada suatu perasaan yang mana Allah sedang berbicara dengan kita. Kalau dalam Al-Quran walaupun Allah sedang cakap tentang Bani Israel atau kaum Samud sekalipun, kita kena letakkan diri kita sebagai watak-watak dalam ayat itu.
– Kita kena sedar yang Allah sedang mengkritik dan bagi peringatan kepada diri kita dan itulah hakikat yang sebenarnya.
– Unutk mendapat kefahaman tentang ayat Al-Quran kita kena sentiasa berbincng dengan orang lain dengan bertadabur sama-sama atau mendengar ceramah atau kuliah tafsir.

4. Cara-cara atau ibadah-ibadah yang boleh dibuat untuk cari Lailatul Qadr bila tengah period.
– Kita kena sedar yang sebenarnya haid(period) itu adalah satu rahmat dari Allah dan Allah akan makbulkan doa kita lagi banyak sebenarnya.
– Walaupun tengah period kita kena cuba untuk bangun juga bagi menghidupkan malam. Kita boleh melihat ayat-ayat Allah,membaca mathurat dan berzikir pada Allah.
– Sekurang-kurangnya kita bangun malam dan niat yang kita bangun sebab ingin mengingati Allah dan sekurang-kurangnya berdoa agar Allah ampunkan dosa kita.

About kuliahsyifa

Kuliah Umum Online Deutschland
This entry was posted in Nota. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s