[S&J] Hakikat Kejadian Manusia

Dalam kuliah online kali ini, penceramah dihujani beberapa soalan yang berkaitan dengan topik “Hakikat Kejadian Manuisa” ini. Antaranya :

Soalan 1)

Golongan barat berpendapat adalah lebih baik mata bertemu mata apabila berbicara walaupun berlainan jantina.Apakah pendapat penceramah(soalan ini di kaitkan dengan ayat Al-Quran berkaitan para sahabat yang memakai hijap ketika ingin berbicara dengan para isteri Rasullulah)

Jawapan :

Apa yang penting ialah ‘hijab hati’.Mungkin agak susah untuk memakai tabir ketika berbicara dengan ikhwah pada zaman ini, lebih-lebih lagi bila akhwat yang belajar dalam bidang majoritinya lelaki seperti kejuruteraan. Andai tertembung mata,cepat cepatlah alihkan pandangan ke tempat lain, tapi jangan sampai dikata sombong. Apa yang lebih penting, ialah keperluan untuk berbicara dengan berlainan jantina biarlah rasional dan betul. Bercakap hanyalah benda yang dirasakan penting dan perlu sahaja. Andai sekadar berbual kosong, lebih eloklah dielakkan.

Soalan 2)

Adakah peperiksaan dan pelajaran sesuatu perkara yang besar?

Jawapan :

Ya.PEPERIKSAAN dan BELAJAR adalah perkara yang besar jika anda bergelar PELAJAR. Kerana ia adalah kerja yang utama buat seorang penuntut.Tapi janganlah tuntutan wajib yang lain seperti solat di awal waktu, membaca Al-Quran diabaikan. Aturkan waktu kita belajar berdasarkan waktu solat dan bukannya mengaturkan waktu solat berdasarkan waktu kita belajar.

Soalan 3)

Kita di sarankan sentiasa berfikir perkara yang besar.Bagaimana ingin mengelak dari terfikirkan perkara perkara yang kurang berfaedah?

Jawapan :

Switch balik.Akal memang sentiasa berpusing-pusing.Andai kita sedar yang perkara itu kurang berfaedah,cepat-cepat berpatah balik dan fikirkan benda lain yang lebih penting dan berfaedah.

Soalan 4)

Ada segelintir pihak yang berpendapat mereka yang terlalu menjaga pergaulan itu extrem.Bagaimana untuk mengubah pandangan sebegitu?

Jawapan :

Kita perlu tengok keadaan orang itu terlebih dahulu.Andai dia dari kecil di besarkan dalam suasana pergaulan bebas,memang sukar untuk menukarkannya.Apa yang perlu kita buat hanyalah memberi contoh yang baik dan tunjukkan teladan yang lebih elok.Buktikan padanya,menjaga pergaulan juga adalah tali pengerat silaturahim yang lebih baik.

Soalan 5)

Bagaimana ingin membuka semula hati yang telah terkunci?(Soalan ini berkaitan dengan ayat Al-Quran tentang hati yang telah di kunci oleh Allah)

Jawapan :

Andai rasa hati terkunci,mohonlah taubat nasuha pada Allah. Andai kita tersedar hati makin leka, Alhamdulillah Allah masih memberi kita kesempatan seperti itu untuk kita segera memohon ampun padaNya. Hati itu memang lumrahnya naik turun, tapi kita usahakan agar batasan ‘turun’ itu tidak sehingga membuatkan kita melakukan dosa-dosa, apatah lagi dosa-dosa besar. Selagi kita masih bernyawa, kita masih lagi berpeluang untuk memohon keampunan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

About kuliahsyifa

Kuliah Umum Online Deutschland
Gallery | This entry was posted in Soal Jawab. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s