[S&J] Indahnya Tawakkal padaMu

Persoalan dan Perbincangan.

Setelah penyampaian daripada ustazah selesai , sesi soal jawab dibuka dan berikut adalah beberapa persoalan beserta jawapan yang telah dilakukan sepanjang perjalanan kuliah syifa pada kali ini.

Soalan 1)
1) ustazah, tawakal setelah usaha, atau sebelum usaha lagi kita dah kena bertawakal?
2) adakah usaha tu sendiri sebahagian dari tawakal?

Jawapan :
Tawakal adalah ibadah hati. Dan hidup ini mempunyai dua keadaan yang tertentu . Iaitu kejadian yang berlaku atas usaha kita, atau kejadian yang berlaku secara tiba-tiba seperti kematian.

Pabila berlaku perkara seperti kematian, hendaklah kita bertawakal dengan redha terhadap apa yang terjadi.Maka jika perkara seperti manghadapai peperiksaan, perlulah kita berusaha dahulu sebelom kita datngkan tawakal itu dalam diri kita.

Jadi sebagai kesimpulan,tawakal itu terletak pada iman. Bila sudah cukup iman di dada secara tak langsung kita akan bertawakal dalam kedua-dua situasi di atas.

Soalan 2)
Bagaimana untuk kita tanamkan sifat redha dalam diri. (Kadang-kadang kita sukar menerima kenyataan yang negatif setelah berusaha bersungguh2)

Jawapan :
Pertama sekali ,seperti yang disebut dalam kuliah sebentar tadi, penyerapan iman dalm jiwa itu kena ada. Tawakal adalah suatu yang tidak dinampak. jaidk untuk membolehkan ianya `nampak´ maka imn itu diperlukan. Redha akan lahir dengan adanya iman kerana buat iman itu adalah redha. Jadi pabila kita beriman, keyakinan akan secara automatik akan tebina dan seterusnya melahirkan rasa redha. Bagaimana redha boleh di gapai? Iaitu dengnameyakini bahawa semua urusan itu adalah dalam lingkungan kekuasaan Allah.

Kematian orang yang kita sayangi seperti ibu ataupun ayah adalah contoh yang paling tepat kerana kehilangan eperti ini adalh bukan mudah dan amt menyakitkan. Sekiranya orang yang kurang atau sedikit sahaja redha yang ada dalam hatinya, dia akan mempunyai potensi untuk mempersoalkan tentang ketentuan Allah itu.Rasa kecewa dan sedih akan menyelubungi diri .

Namun berlainan pula dengan orang yang tinggi tahap keredhaannya pada Allah. Dia akan menyerahkan bulat – bulat perkara itu kepada Allah dengan memikirkan hikmah di sebalik kejadian tersebut dan terus yakin dengan aturan kejadian yang telah Allah tetapkan pada dirinya.

Soalan 3)
Bagaimana pula caranya untuk tunjukkan tanda kita syukur pada Allah lepas kite dapat apa yang kita harapkan. Cukup kah skadar mengatakan alhamdulillah, sujud syukur. Biasanya manusia mudah leka selepas dapat kemudahan, sedangkan kemudahan tu juga satu ujian.

Jawapan :
Kedua- duanya pun adalah salah satu cara untuk kita bersyukur ( merujuk perkara dalam soalan)

Namun disamping itu, apa yang boleh kita lakukan adalah dengan meyakini bahawa perkara yang berlaku itu bukanlah kerana diri kita , namun adalah rezeki yang Allah telah kurniakan pada kita. Jika kita memiliki kekayaan , jangan sesekali sangka kekayaan itu adalah hasil mutlak daripada usaha kita, seboleh bolehnya kita infakkan harta untuk perkembangan agama Islam ataupun di kongikan harta itu kepada orang lain , sebagai tanda kita berterima kasih pada Allah.

Soalan 4)
cara sebenar untuk sujud syukur? adakah angkat takbir terus sujud ke sujud je terus tanpa takbir.

Jawapan:
sujud syukur adalah sama seperti sujud tilawah . Kedua duanya memerlukan diri kita untuk suci daripada hadas.

Soalan 5)
Bagaimana caranya untuk galakkan diri untuk berusaha bersungguh²?kadang-kadang  apabila terasa kita  mendapat sesuatu ya kita tidak  inginkan itu adalah kerana salah sendiri, seperti tidak cukup berusaha.

Jawapan :
Rasa putus asa itu perlu di buang dari dalam diri kita dan jangan biarkan ia bersarang. Jadi untuk itu, kita kene ada tawakal dalam diri. Bila tawakal ini berada kukuh dalam diri, begitu juga dengan keimanan, kita takkan pernah ada rasa untuk berhenti berusaha. Kita perlu tanamkan dalam diri, selagi man kita bernafas, selagi itulah usaha itu akan tetap kita lakukan. Namun kadang – kadang dalm berusaha, kita akan berasa keletihan , dan perasaan letih ini akan sedikit sebanyak menggoyahkan sedikit keimanan kita, namun itu tidak akan menjadik masalah sekiranya kita cari jalan untuk kembali bangkit dan berusaha.

Soalan 6)
ustazah, selalunya apabla kita sudah berusaha bersungguh2, tapi masih mendapat hasil yang buruk, adakah kita patut elakkan pemikiran yang mengatakan “ini akibat kesalahan2 lampau “.. ataupun, perlu kita fikir bahawa Allah sebenarnya menangguhkan dahulu  kurniaanNya terhadap kita?

Jawapan :
Apabila kita sudah usahakan sesuatu dan ia masih lagi tidak terjadi seperti mana yang kita harapkan, disinilah konsep redha perlu di praktikkan. Jika kita tidak redha dan menyalahkan diri dengan kesalahan lampau, kita berkemungkinan akan Husnuzon (bersangka buruk ) pada Allah. Dan itu adalah tidak wajar. kerana ujian itu pasti akan datang pada hamba-hambaNya yang beriman.Dan di sebalik setiap ujian, pasti ada hikmah yang tersembunyi .

Namun adalah tidak menjadi masalah untuk kita mengakui kesilapan diri dan bermuhasabah, cuma kita perlu berhati-hati agar kita terjerumus ke arah berburuk sangka terhadap Allah dan jangan terlampau menyalah diri sehingga kita terjatuh ke dalam kancah tidak meredhai ketentuan yang Allh berikan pada kita.

Soalan 7)
oh begitu, adakah ini bemakna kita tidak redha , jikalau kita salahkan diri sendiri atas sebab kita tak dpt ape yg kite nak  ?

Jika kita mengakui kesilapan , itu tidak menjadi masalah jika kita praktikkan dalam kehidupan seharian kerana kita boleh memperbaiki kelemahan dan memberikan semangat pada diri untuk terus berusaha.
Seperti firman Allah dalam surah An-Nisa 4 , ayat ke- 79 yang bermaksud;
“Kebajikan apapun yang kamu peroleh, adalah dari sisi Allah, dan keburukan apa pun yang menimpamu, itu dari (kesalahan) dirmu sendiri. …´´
ainsophillea: ustazah, kirenye redha tu berkait rapar ngan ikhlas la ek?kalo tak iklas, tak redha la kan?

Tanpa redha, semanagnya sukar untuk capai ikhlas itu.

Soalan 8)

Jadi bagaimana  hendak didk hati ini supaya ikhlas memaafkan orang lain?

Itu adalah berkaitan dengan dalaman kita,iaitu ia berkait rapat dengan hati.
Walaupun kita berniat untuk menuju kesempurnaan pasti akan ada terselit sedikit ketidak sempurnaan kerana kita makhluk yang serba tidak sempurna. Kemungkinn untuk husnuzon itu pasti ada walaupun sedkit. Sebab kadang – kadang kemaafan sudah kita berikan pada individu tertentu, cuma untuk berlapang dada dengannya adalah amat susah sekali.
Jadi, apa yang kita boleh lakukan adalah dengan megurangkan ego dalam diri.
Lawan rasa hati kerana itulah sahaja untuk mendidik hati kita untuk jauh dr penyakit hati dan sifat mazmumah.

Cara mngubat hati :
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah

Setelah selesai sesi soal jawab, majlis dikembalikan pada MC – Nadzirah Husna dan ditutp dengan sebuah ungkapan dari hasan Al-bana yang berkenaan dengan keikhlasan hati iaitu :

“ Ikhlas adalah seperti seekor semut hitam yang berjalan dia atas batu hitam di waktu malan´m yang sangat gelap´´

Ungkapan ini membawa maksud bahawa keihklasan itu amat sukar untuk di cari, namun kerana ia tidak bole di Nampak, namun bukan bermakna ianya tidak ada, kerana ia di perlukan dalam hidup ini untuk menuju kepada kebahagiaan yang hakiki.

Majlis ditutp dengan Tasbih Kafarah dan surah Al –Asr dan di tangguh hingga ke bulan Februari yang akan datng.

About kuliahsyifa

Kuliah Umum Online Deutschland
Gallery | This entry was posted in Soal Jawab and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s