[Nota] Indahnya Tawakal Padamu

Alhamdulillah pada Kuliahonline @ Kuliahsyifa kali ini ,Allah telah menghimpunkan dan mengikat serta memilih sekali lagi hati – hati kita untuk duduk ber’halaqah‘sejenak untuk mencedok sedikit sebanyak ilmu daripada penyampai kuliah kita pada kali ini iaitu Puan Engku Zahiran dengan kuliah yang bertajuk Indahnya Tawakal Padamu. Majlis di buka dengan bacaan Al – Fatihah serta selawat sebanyak tiga kali.

Apakah itu Tawakal?

Tawakal jika di definisikan dari segi istilah ,ianya merupakan satu perkataan yang berasal dari kata dasar Wakalah atau tawakul yang membawa maksud mewakilkan atau menyerahkan . Dari segi bahasa pula , tawakal itu lebih membawa maksud kepada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi sesuatu atau menunggu hasil daripada akibat sesuatu pekerjaan .

Menurut pendapat Imam Ghazali r.a ;
“tawakal membawa erti bahawa kita menyerahkan diri kepada Allah sewaktu menghadapai kesusahan atau ketika menghadapi waktu yang sukar dan genting dalam hidup ini . Pada ketika ini, hati perlu di teguhkan seteguh teguhnya sehingga ia mencapai satu titik ketenangan dan ketenteraman di dalam jiwa ´´

Dalam erti kata lain ,“Tawakal ialah menyandarkan diri kepada Allah SWT tatkala menghadapi sesuatu kepentingan, besandar kepadaNya di waktu kesukaran , teguh hati tatkala ditimpa bencana disertai jiwa yg tenang dan hati yg tenteram´´.

Menurut Abu-Zakaria Al-Ansari pula,
“Tawakal adalah keteguhan hati dalam menyerahkan urusan kepada orang lain secara umumnya dan meletakkan kepada Allah secara khususnya ´´.

Kata – kata di atas ini membawa maksud bahawa sekiranya seseorang itu mempunyai tawakal dalam dirinya, pasti jiwanya akan berasa tenang kerana dia menyandarkan segala – galanya pada Allah dan pada ketentuanNya dan bukannya atas dasar pertolongan daripada orang lain.

Berdasarkan oleh perbincangan daripada beberapa Ulama islam pula, konsep tawakal dapat didefinisikan dengan keyakinan dalam meneruskan dan mengatur kehidupan di muka bumi ini hanya akan dapat dicapai dengan mudahnya sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keyakinan yang tinggi pada Allah bahawa Allah itu Maha berkuasa atas segala sesuatu yang berlaku di dalam kehidupan seharian kita.

Nak bertawakal? Bagaimana?

Pabila kita menampakkan dan mengakui kelemahan diri serta menyandarkan diri hanya kepada Allah semata – mata , maka kita boleh dikatakan sedang bertawakal kepadaNYA atas alasan kita berjaya menepis dan membuang ego yang bersarang dalam diri dengan mengakui diri kita sebagai hamba yang lemah dan tidak memiliki kesempurnaan. Besertakan juga sisipan kepercayaan tinggi pada Allah , maka kita boleh di kategorikan sebagai hambaNya yang bertawakal. Kerana tanpa kepercayaan yang tinggi pada Allah juga, mana mungkin konsep tawakal itu dapat di capai.

Tambahan pula seperti yg kita maklum, tawakal ini merupakan satu konsep yang pada dasarnya bersikap mentally.Sikap mentally ini pula hanya akan di hasilkan melalui keyakinan, kepercayaan serta penyerahan yang bulat kepada Allah. Ini kerana tauhid mengajar kita bahawa hanya Allah yang berhak menguasai sesuatu.

Samaada kita sedar atau tidak, semua urusan sebenar – benarnya adalah dalam urusan Allah. Dengan bertawakal, ia akan mendorong hati kita untuk menerima apa sahaja yang di takdirkan kepada kita dengan tenang serta tenteram tanpa ada sekelumit pon rasa curiga.

Rasulullah pernah bersabda , yang mempunyai maksud yang lebih kurang sama dengan ayat ini, bahawa, perkara yang menakjubkan dalam hidup seseorang mukmin adalah apabila dia mendapat nikmat dia bersyukur, bila ditimpa musibah juga dia bersyukur (redha).

Alangkah indahnya!

Siapa yang mahu menolak kehidupan sebegini yang tenteram dan tenang dengan hanya bertawakal. Mudah bukan?

Disebabkan ini lah, setiap kali kita ditimpa kesusahan hendaklah kita hindarkan rasa marah dan kecewa dan pabila ditimpa kesenangan jangan pula kita menjadi seorang yg hidung tinggi keranan kesannya pada hidup kita adalah kitatakkan mampu untuk menjalani kehidupan yang tenang dan tenteram jika kita mempunyai sikap yang sebegini. Jadi jangan kita sia-siakan peluang keemasan yang ada demi meraih kebahagiaan dalam hidup kerana ditegaskan sekali lagi bahawa Riak(sombong) dan Itqan (marah) itu bukanlah sifat yang patut ada dalam diri seseorang mukin itu.

Bak kata Ibnu Rejab Al-Hambali yang bermaksud, “Tawakal adalah bersandarnya hati dengan sebenarnya kepada Allah dalam memperoleh kemaslahatan dan menolak bahaya´´.

Maka, apa yang perlu kita buat jika ada lintasan riak dan kecewa dalam diri? Terutamanya jika kita mendapat sesuatu yang di luar keinginan kita.
Istighfar merupakan jalan keluar. Cepat-cepatlah kita beristighfar jika terdetik atau terlintas walaupun sekelumit kuman dalam nurani kita dan cepat- cepat jua kita kembali padaNYA. Jangan lengah atau bertangguh. Ini adalah kerana apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan dunia ini adalah dalam lingkungan ilmuNYA yang tiada had. Sama ada baik atau tidak, molek atu tidak, hanya kepada Dia kita kembali dalam urusan dunia mahupun akhirat , kerana ilmu itu hanya kepunyaan Dia dan hanya Dia sahaja mengetahui segala-galanya.

Sebab apa kita perlu bertawakal?

Menurut Ibnu Qayyim r.a, “ tawakal merupakan faktor utama yang boleh mempertahankan seseorang ketika tidak memiliki kekuatan dari serangan makhluk lainnya yang menindas dan memusuhinya. Tawakal adalah sarana adalah yang paling ampuh untuk menghadapi keadaan seperti itu, kerana ia telah menjadikan Allah sebagai pelindungnya atau yang memberinya kecukupan, maka musuhnya itu tidak akan boleh mendatangkan bahaya padanya. Tawakal adalah perisai kepada seseorang mukmin itu apabila ia berhadapan dengan medan atau keadaan yang getir.´´

Sebagai contoh, keadaan kita sekarang iaitu kita berada di medan ilmu. Jika kita serahkan hasil kepada Allah, kita akan sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang dia berikan . Ini bermaksud berkemungkinan akan berlaku perkara yang di luar jangkaan dan keinginan, seperti fail dalam sesetengah subjek pelajaran,yang melanggar fitrah dan kehendak kita sebagai seorang student yang cemerlang, namun, atas dasar kita bertawakal kepada Allah kita akan menjadi lebih kuat malah lebih bersemangat untuk berusaha dengan lebih bersungguh – sungguh dalam mencapai kejayaan.

Perkataaan `Alhamdulillah´ ketika menghadapi kesenangan dan ‚`Innalillahi wa inna Iliahirajiun´ ketika menghadapi kesusahan takkan juga luput dr bibir kita sekirnya kita bertawakal padaNya.SubhanAllah!

Perisai tawakal ini juga sangat penting untuk kita praktikkan lebih – lebih lg dalam kehidupan sebagain seorang pelajar kerana ia akan menghalang kita daripada sifat – sifat mazmumah yang boleh merosakkan ketakwaan kita kepada Allah swt seperti perasaan riak , ujub , kecewa atau marah .

Perisai tawakal ini akan secara tidak langsung mendorong kita untuk terus maju ke depan tanpa menoleh lagi kebelakang dan melakukan yang terbaik dalam kehidupan untuk mendapatkan sebuah hasil manis yang telah Allah tetapkan untuk kita sebagai hambaNya.

Dalam kitab Hadith karangan Imam Al – Bukhari iaitu Sahih Bukhari, berkata Ibnu Abbas r.a bahawa ketika Nabi Ibrahim r.a di campakkan ke tengah api yang sedang membara, baginda menyebut ;

yang bermaksud „Cukuplah Allah yang menjdi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung“ (Ali Imran 3:173)

Situasi yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim ini merupakan satu peristiwa contoh yang menunjukkan betapa hebatnya kesan kita bertawakal pada Allah.
Mungkin disini boleh kita berfikir sejenak, adakah cukup tawakal diriku?

Segala urusan , atau apa pun perkara yang sedang dan yang akan berlaku pada diri kita , kita hanya serahkan padaNya. Pada Dia kita mohon penghasilan yang baik, namun jika penghasilannya kurang memuaskan, kita redhakan diri sebagai tanda tingginya tawakal kita pada Allah swt.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda , “Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar – benarnya, nescaya kalian akan diberi rezeki seperti burung. Mereka berangkat pagi- pagi dalam keadaan lapar , dan pulng pada petang hari dalm keadaan kenyang´´.

Keadaan ini menggambarkan betapa patutnya kita sebagai makhluk Allah yang di beri akal yang sempurna untuk tunduk dah patuh pada perintahNya melebihi binatang seperti burung yang tidak diberikan akal yang sempurna. Bak kata orang , sedangkan burung pun bertawakal dan bersyukur, inikan pula kita.

Namun apa yang mengecewakan sekarang ialah, kita lebih cenderung untuk melanggar fitrah yang Allah tetapkan berbanding menurut apa yang telah ditetapkan untuk kita. Contoh yang jelas adalah seperti perlakuan seks di luar tabii ( homoseksual). Allah telah katakan bahawa fitrah lelaki, pasangannya adalah wanita,namun perlakuan homoseksual tetap berlaku, walaupun Allah telah berfirman dengan jelas di dalam kitabNya yang suci iaitu Al-Quran.

Jadi sebagai makhluk yang berakal, kita sepatutnya lebih mampu untuk berfikir dengan lebih baik , untuk membezakan suatu yang fitrah atau tidak serta membezakan sesuatu yang haq atau batil. Ini kerana Allah telah berfirman, dalam surah At- tin 95 ayat yang ke-4

yangbermaksud : Sungguh kami ciptakan manusia tu dalam bentuk yang sebaik – baiknya.

Sebagai makhluk yang diciptakan sebaik – baiknya, adalah amat wajar untuk mengikuti fitrah yang Pencipta kita telah tetapkan. Yakin dengan ketentuanNya. Seperti yang Dia telah sebutkan didalam Al Quran pada surah At-Talaq ,ayat 3 :

yang bermaksud : Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusaNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bg setiap sesuatu.

Ini bermakna, dalam kehidupan yang fana ini , segala kejadian yag berlaku sudah mempunyau ketetapan dan ketentuannya yang tersendiri. Akan tetapi , ini tidak bermakna kita tidak perlu berusaha untuk beroleh sesuatu atas alas an Allah telah menetapkan segalanya. Ini merupakan pegangan dan konsep yang amat SALAH!

Tawakal tak bermaksud kita tidak perlu berusaha.
Tawakal tidak bermaksud kita hanya bergoyang kaki dan menunggu rezki dari langit.
Tawakal bukan bermakna kita tidak perlu study untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Sekali – kali bukan begitu!

Mahukah kita berlapar pabila terlihat makanan tanpa mengambilnya dan menyuapkan ke mulut kerana kita bertawakal yang Allah akan memberikan kekenyangan pada kita tanpa kita perlu berusaha mengambilnya?.Jawapannya tentulah sekali tidak.

Ini kerana seperti yang dikatakan Imam Abu Qassim al-Qusyairi r.a :
Ketahuilah sesungguhnya tawakal itu terletak di dalam hati. maka gerakn lahiriah adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan tawakal yang ada di dalam hati setelah seseorang meyakini bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. jika terdapat kesulitan, maka hal itu adalah kerana takdir- Nya. Dan jika terdapat kemudahan maka hal itu kerana kemudahan dari-Nya.

Dan begitu pula Dr yusof Qardawi yang mengatakan bahawa tawakal adalah ibadah hati. Pabila kita ada keyakinan dalam hati (penyerahan mutalk kepada Allah), kita akan berusaha.Usaha adalah menuju hasil yang baik.Jadi jika kita benar – benar yakin, keputusan samada baik atau beruk adalah hak Allah.Usaha kita itu tidak bertentangan dengan tawakal kepad Allah SWT.

Sebagai contoh, perbuatan meniru didalam peperiksaan dan bertawakal tidak mungkin boleh dikategorikan sebagai usaha kerana perbuatan itu adalah perbuatan khianat.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang khianat, dia bukan dari golongan ku´´

Jadi perbuatan meniru atau perbuatan khianat yang lain adalah salah.Ia tidak patut dan sama sekali tidak boleh di praktikkan walaupun kadangkala kita berjaya meloloskan diri daripada perbuatan khianat tersebut , seperti kata orang muda, tidak kantoi.

Ini kerana perbuatan ini (khianat) di khuatiri akan memberi kesan dalam perlaksanaan kita melakukn tanggungjawab yang lain serta ia akan berkembang dalam diri dan akan memberi kesan yang sangat –sangat negatif. Seperti peranan kita dalam mendidik anak – anak di masa hadapan, perbuatan khianat ini dikhuatiri akan terbawa – bawa dalam diri kita dan seterusnya memberi kesan secara tidak lansung terhadap anak – anak kita.

Jadi, dalam erti kata lain, kita perlulah mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap apa sahaja usaha yang telah kita lakukan , kerana jika kita benar – benar mengaplikasikan konsep tawakal ini, kita akan nampak bahawa konsep ini bukan sahaja berakar kepada Yang Maha Satu malah merupakan satu pakej yang lengkap dalam kehidupan.
Tanpa usaha, tida gunyanya tawakal dan tanpa tawakal juga usaha itu akn sia-sia.

Pengaruh Tawakal

Untuk menyerapkan tawakal bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan dan bukannya senang untuk didapati begitu sahaja. Ini kerana sebelom tawakal itu benar – benar terserap, kita perlulah terlebih dahulu menyerapkan iman di dalam jiwa. Tanpanya, tidak mungkin tawakal itu akan terserap kedalam sanubari kerana tawakal itu bukan datang serta merta hanya kerana sering bernasyid mengenainya.Akan tetapi ia akan datang pabila seluruh diri dan jiwa kita meyakini bahawa kehidupan ini hanya dikuasai oleh yang Maha Esa.

Akal yang sudah diberi. Jadi mengapa tunggu lagi. Tanggungjawab sudah kita sentiasa maklumi . Bahawa diri ini adalah hambanya Ilahi dan juga Khalifah di bumi. Yang sentiasa bertawakal dalam menggalas tugas ini.

Pabila keyakinan dan iman meresap kedalam jiwa, akan timbul dengan sendirnya dalam hati ini untuk menyeru diri kita beriman pasa keEsaanNya. Kita akan kerahkan segala tenaga yang ada untuk memastikan bumi ini makmur kerana kita adalah khalifahnya. Jadi secara tidak langsung juga, perasaan untuk bertawakal pada Dia juga akan timbul dengan serta merta. Pada titik itu, baru kita boleh katakan yang tawakl itu telah meresap ke dalam sanubari seseorang itu.

Tanpa tawakal yang tinggi, kita akan mudah kecewa dan kecundang dalam perjuanagn sebagai khalifah di muka bumi ini.Sangat penting untuk kita bina tawakal dalam diri,kerana ia merupakan kekuatan yang kita tak mampu untuk lihat dengan mata kasar akan tetapi impaknya terlalu besar sehingga sesiapa sahaja dapat merasainya pada seserang yang memiliki nya. Contoh individu yang terdekat yang bole kita rasakan impak tinggi nya tawakal dirinya pada Allah swt ada pada Rasulullah s.a.w sendiri.

Petikan Sirah

Menceritakan perihal keadaan Nabi Muhammad s.a.w yang pada suatu hari berada di masjid. Baginda sedang melihat – lihat keadaan persekitaran masjid, dan tiba –tiba Baginda terpandang seseorang yang sedang duduk termenung didalam masjid. Apabila baginda melihat secara dekat , baginda mengatahui bahawa orang itu adalah Abu Umamah. Nabi bertanya kepada Abu Umamah tentang keberadaan dia di masjid tatkala Baginda membenarkan semua orang bertebaran setelah selesainya solat berjamaah.

Jawab Abu Umamah, “ Wahai Nabi , sungguh terlalu banyak masalah yang meresahkan saya. Hutang yang melilit. Jadi untuk menghilangkan semuanya , saya bertafakur , agar Allah tunjukkan jaln keluar untuk saya.´´

Lalu Baginda menjawab seraya berkata, “Wahai Abu Umamah , mahukan kamu jika aku bacakan satu doa , yang bila engkau baca doa ini siang dan malam, maka kerisauan mu akan hilang.´´

Doa tersebut adalah :



maksud : Ya Allah , aku berlindung kepada-Mu dari rasa geisah dan sedih, dari kelemahan dan kemalasan dan dari sifat pengecut dan bakhil, dan dari tekanan hutang dan penindasa orang. (petikan doa bole didapati dalam Al-Mathurat)

Ayat ini sangat –sangat bik untuk dipraktikkan dalam kehiduan seharian kerana kita sebagai manusia yang lemah akn sering berkeluh kesah. Dengan berdoa , insyaAllah dapat mengurang sedikit keresahan dalam diri kita.

Sedangkan Nabi yang sangat – sangat dikasihi oleh Allah , yang dijamin pengakhirannya adalah tempat yang terbaik,tetap juga bertawakal kepadaNYA, ini kan pula kita yang kerdil lagi hina ini. Tambahan pula kita sering mengaku bahawa kita kasihkan Allah, maka mengapa kita tak mahu sandarkan diri hanya padaNya?

About kuliahsyifa

Kuliah Umum Online Deutschland
Gallery | This entry was posted in Nota. Bookmark the permalink.

One Response to [Nota] Indahnya Tawakal Padamu

  1. huda says:

    begitu indah tawakal kepada Allah.
    sebagai hamba yg lemah, selayaknya hanya kepada Allah kita memohon dan berserah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s