Tadabbur Kisah Sarah dan Hajar

Kisah keluarga Nabi Ibrahim banyak memberi pengajaran bagi mereka yang berfikir.

1)  Sikap orang beriman dalam menerima perintah Allah

Sesungguhnya jawapan orang-orang mu’min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan.” “Kami mendengar dan kami patuh.” (An-Nur 24:51)

Orang yang beriman, apabila mendengar perintah Allah akan  terus patuh, berlawanan dengan sikap orang munafik yang ingkar setelah mendengar perintah Allah. Lihat sahaja bagaiman Hajar dan Nabi Ismail yang tekad dan pasrah dengan perintah Allah. Allah yang menurunkan perintah, maka biarlah Allah yang menentukan segala galanya. Allah turunkan kepayahan dan biarlah Allah juga yang memberi hikmah disebalik kepayahan itu.

Dalam kehidupan kita, seringkali kita nampak dugaan yang datang adalah teruk. Namun sebagai orang mukmin, kite perlu mendepani dugaan tersebut dengan beriman walaupan kite terhijab daripada hikmahnye. Semua dugaan yang tiba, pasti mengandungi kebaikan. Tidak berlaku keajaiban itu kepada seseoang melainkan orang-orang yang beriman.

2)  Kerja keras

Dalam keadaan Hajar maklum di sekelilingnya tiada satu tanaman atau manusia pon, Hajar tetap berusaha berlari antara bukit Safa dan Warwa mencari air untuk anaknya, Ismail. Kita semua sedia maklum, jarak antara dua bukit itu bukannya dekat, namun Hajar berusaha bersungguh-sungguh selagi kudrat nya masih ada.

Selain itu, kita boleh mempelajari kisah Columbus yang menemui benua baru. Semasa dalam satu majlis, kata seseorang “Senang saja nak jumpa benua baru. Naik kapal, cari dan boleh jumpa.”

Namun Columbus yang memegang sebutir telur kemudiannya bangun dan berkata “Siapakah diantara kalian yang dapat jadikan telur ini berdiri?
Seseorang bangun dan menjawab “Mana boleh!
Columbus tersenyum dan berkata “Saya boleh!

Columbus mengambil telur itu dan ketuk salah satu hujung telur sampai remuk. Kemudian Columbus dirikan telur itu. Tiba-tiba bangun seorang, dan berkata Oooo senang saja, aku pon boleh buat

Columbus kemudiannya menjawab “Itulah bezanya aku dengan kalian. Aku lakukan hal yang mudah, yang mana, orang lain tidak pernah lakukakn, tetapi aku sanggup mulakan.”

3) Sangka baik pada Allah swt dalam hasrat untuk mendapatkan redha.

Hajar berlari dari bukit Safa ke Marwa, sampai satu ketika dia terlalu lelah sehingga tidak mampu lagi berlari disebabkan lapar dan dahaga. Namun Hajar melakukan larian itu kerana dia bersangka baik pada Allah dan untuk mendapatkan keredhaan Allah . Hajar terus berusaha, tanpa mengetahui adakah usahanya berbaloi atau tidak. Tingginya sangka baik Hajar kepada Allah, Allah memberi pertolongan dengan mengurniakan mata air kepadanya yang kita kenali dengan nama air zamzam.

Apabila kita berhadapan dengan apa sahaja kemusykilan dalam kehidupan, kita perlu sentiasa berusaha untuk menghadapinya disamping sentiasa bersangka baik pada Allah kerana kita tidak tahu apakah hikmah disebalik setiap peristiwa.

Keredhaan Allah bukan terletak pada kesenangan yang kita dapat tetapi terletak pada adakah kita taat  kepadaNya dalam susah atau senang. Apakah kite tetap berjalan atas landasan Allah swt dan tidak melencong daripada apa yang diperintahkan dalam usaha kita menghadapai setiap ujian. Jadi ingatlah, hidup kita susah, tidak bermakna Allah tidak redha pada kita, dan apabila hidup kita senang, tidak  bermakna Allah telah meredhai hidup kita.

4)  Menghadapi ujian Allah dengan usaha.

Walaupon kita bersangka baik pada Allah apabila menghadapi ujianNya, kita tidak boleh hanya berdiam diri, dan menunggu pertolongan tiba. Seorang mukmin, apabila diberi ujian kesenangan, dia akan bersyukur dan apabila diberi ujian kesusahan, dia akan bersabar dan berusaha.

Pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab, telah berlaku kemarau yang panjang, menyebabkan rakyat hidup dalam kemiskinan yang teruk. Disebabkan itu, apabila berlaku sebarang jenayah, puncanya akan diselidik lebih mendalam kerana kemungkinan seseorang mencuri disebabkan tiada wang untuk membeli makanan akibat terlalu miskin.

Pada suatu hari, seorang pencuri ditangkap dan dibawa ke Saidina umar.
Umar bertanya: ” Kenapa kamu mencuri? Adakah kerana terlalu lapar dan tidak punyai wang?
Pencuri tersebut menggelengkan kepala dan menjawab: ” Bukan sebab itu aku mencuri. Aku mencuri sebab Allah yang takdirkan aku mencuri.

Saidina Umar memerintahkan pencuri tersebut dipotong tangan dan disebat 40 kali. Orang terkejut mendengar hukuman tersebut kerana hukuman bagi pencuri sepatutnya hanya potong tangan.

Saidina Umar menerangkan ” Hukuman potong tangan itu adalah disebabkan mencuri, dan sebatan 40 kali itu kerana lelaki tersebut menuduh Allah penyebab dia mencuri“.

Menyalahkan Allah atas apa yang berlaku pada kita, bukanlah sifat seorang mukmin. Berbalik pada kisah Hajar, Hajar mengajar kita untuk ikhtiar dan berusaha bagi mendapatkan sesuatu hasil. Allah sangat mengetahui apa yang kita akan lakukan, cuma kita yang tidak mengetahui. Apa sahaja kebaikan yang kita lakukan, inshaAllah, kebaikan lah juga balasannya dan begitulah juga sebaliknya.

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrahpun, niscaya ia akan melihat (balasan)nya pula. (Al Zalzalah, 99: 7-8)

Ali Imran 85 Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak- lah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Ali Imran 3:85)

Sebagai manusia, kita dianugerahkan akal untuk berfikir, kaki dan tangan untuk berusaha dan bergerak. Jadi jangan sesekali kita mencari alasan bagi setiap kesalahan yang kita lakukan.

5) Perbezaan peranan lelaki dan wanita

Kisah Hajar ini menunjukkan kebijaksanaan Allah membezakan peranan lelaki dan wanita. Kenapa Hajar (seorang wanita) yang ditinggalkan bersama Nabi Ismail walaupon seorang wanita itu kekuatan fizikalnya adalah terhad? Ini kerana wanita mempunyai perasaan kasih sayang yang sangat tinggi dan sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anaknya. Lihat sahaja Hajar berlari dari bukit Safa ke Marwa dalam keadaan lapar dan dahaga, namun yang menambahkan kekuatannya adalah kerana kasih sayang. Urusan lelaki pula kita perasan, lebih kepada kekuatan fizikal.

6) Nilai-nilai Islam

Nabi Ibrahim diketahui pada awalnya tidak dikurniakan anak walaupon sangat berkeinginan. Atas perasaan cinta kepada suami, dan memahami kehendak suami, Sarah memujuk Nabi Ibrahim berkahwin dengan Hajar, seorang hamba. Allah kurniakan mereka seorang anak bernama Nabi Ismail. Kemudiannya dalam usia yang lanjut, Sarah dikurniakan anak bernama Nabi Ishak.

About kuliahsyifa

Kuliah Umum Online Deutschland
Gallery | This entry was posted in Seerah, tadabbur seerah. Bookmark the permalink.

One Response to Tadabbur Kisah Sarah dan Hajar

  1. Ummu Khaulah says:

    Subhanallah, begitu banyak ibroh (pengajaran) yang dapat kita kutip dari kisah keluarga baginda Nabi Ibrahim a.s. Semoga Allah menguatkan hati dan langkah-langkah kita untuk mencontohi pengorbanan dan kesabaran mereka. Amien.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s