Cinta Sarah, Kasih Hajar

Sarah merupakan anak perempuan pakcik kepada Nabi Ibrahim. Sarah diriwayatkan sebagai seorang wanita yang sangat cantik, menyamai kecantikan Hawa, isteri Nabi Adam. Namun anugerah kecantikan ini adalah ujian padanya.

Setelah Sarah dan Nabi Ibrahim berkahwin, mereka berpindah dari Palestin ke Mesir disebabkan kesusahan hidup. Di Mesir lah bermula kasih sayang mereka dan di sini jugalah Allah menguji Sarah dengan kecantikannya. Raja Mesir pada masa itu sangat suka kepada perempuan cantik dan jika perempuan itu sudah bersuami, suami nya akan dibunuh. Pada suatu hari, Raja Mesir berusaha mendekati Sarah untuk melakukan perkara terkutuk  dan Sarah memohon pertolongan Allah supaya di jauhkan dari perkara yang zalim.

Kehidupan keluarga Nabi Ibrahim di Mesir sangat mewah dan berjaya kerana mendapat banyak hasil dan keuntungan. Ramai penduduk Mesir menjadi iri hati dan dengki, jadi Nabi Ibrahim mengambil keputusan untuk kembali semula ke Palestin dengan membawa kesemua harta kekayaan. Apabila mereka pulang ke Palestin, mereka masih belum dikurniakan anak. Sarah sangat memahami keperluan Nabi Ibrahim untuk memiliki anak, ditambah pula, Ibrahim adalah seorang nabi. Jadi Sarah memujuk suaminya supaya menikahi Hajar, seorang hamba. Setelah berkahwin, dengan izin Allah, Nabi Ibrahim dan Hajar dikurniakan anak yang dinamakan Ismail.

Nabi Ibrahim sangat gembira kerana sudah lama menunggu kehadiran cahaya mata. Namun, dugaan Allah datang. Sarah sebagai wanita biasa, merasa cemburu kerana Nabi Ibrahim banyak menghabiskan masa dengan anak kecilnya, Ismail menyebabkan Sarah meminta suaminya membawa Hajar dan Ismail ke tempat lain. Kemudian datanglah perintah Allah supaya Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar dan Ismail di satu tempat yang tandus, tiada tanaman.  Sebagai seorang bapa dan suami, sudah tentu Nabi Ibrahim sangat sedih untuk meninggalkan anak dan isteri di satu tempat yang tandus, namun kerana itu adalah perintah dari Allah, Nabi Ibrahim patuh.

Hajar juga sangat lapang hatinya apabila mengetahui semua itu adalah perintah dari Allah kerana Hajar yakin Allah pasti tidak akan mensia-siakan mereka. Sedikit kurma dan bekalan ditinggalkan bersama mereka namun selepas beberapa hari, semua bekalan itu habis. Hajar sebagai ibu, sangat memerlukan bekalan untuk menyusu anaknya namun sudah tidak ada apa lagi untuk dimakan. Ismail pula menangis kelaparan, hati ibu mana yang tidak sedih mendengar tangisan anak kecil. Hajar kemudiannya ternampak bayangan air di bukit Safa, jadi Hajar berlari ke bukit Safa, namun tiada air yang dijumpai. Kemudian kelihatan pula bayangan air di bukit Marwah, jadi Hajar berlari pula ke bukit Marwah, namun tiada air di sana. Hajar yang tidak putus asa, berulang alik dari bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali.

Hajar kemudiannya terdengar Nabi Ismail menangis dan menghentak-hentakkan kaki. Allah menghantar Jibril supaya mengeluarkan air di tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki. Melihat mata air, Hajar mengepung kawasan keluarnya air itu supaya tidak kering dan dari situlah datangnya nama Zam Zam yang bermaksud ‘kepung air’.

About kuliahsyifa

Kuliah Umum Online Deutschland
Gallery | This entry was posted in Seerah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s