Tabung Bantuan Syria 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

bila disebut perkataan syria, apakah yang bermain-main di minda kita?

Rasa-rasanya rata-rata antara kita semua sudah maklum akan perihal yang berlaku terhadap saudara kita di syria. Terasa sedih melihat keadaan mereka yang sangat struggle untuk meneruskan kehidupan. Sementara kita pula Alhamdulillah masih mampu hidup mudah dengan selesa.

Jadinya, tidak salah untuk kita membantu menghilangkan beban mereka serba sedikit. Dengan itu insyaAllah disini dilancarkan sebuah projek tabung bantuan syria 2012 bagi mengutip dana untuk membantu saudara kita disyria.

sumbangan boleh dibuat melalui:

Sekiranya anda ingin membuat sumbangan, tarikh akhir untuk anda berbuat demikian adalah pada 17 Jun 2012. Semoga bantuan kecil ini diterima Allah. Jazakumullahu khairan katheera.

Allahu a’lam

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hakikat Kejadian Manusia Part 2

Assalamualaikum wrt wbt..

Seperti yang dijanjikan Kuliah Syifa muncul lagi dengan sambungan tajuk Hakikat Kejadian Manusia.

Masa adalah seperti tertera di dalam poster.

Medium :

1) Paltalk

– Sila layari http://www.express.paltalk.com ,daftar dan cari chatroom Kuliah Syifa.

(anda disarankan untuk download paltalk berbanding menggunakan express paltalk untuk mendengar dengan lebih jelas tanpa masalah)

2) Skype

– Sila daftar masuk ke Skype dan add salah satu dari id berikut;
• kuliah.syifa.1
• kuliahsyifa2
• kuliah.syifa.3
• kuliahsyifa4
• kuliahsyifa5
• kuliah.syifa.6
• kuliah.syifa.7

Mari bersama kami dan ramai lagi ‘sisters’ memahami lagi rahsia-rahsia yang terkandung disebalik kejadian kita sebagai manusia di muka bumi ini.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Nota: Hakikat Penciptaan Manusia part 1 (21 April 2012)

bila cakap tentang hakikat kejadian manusia, apa yang kita fikir?baby?khalifah  atau hamba?haaaaa..so jom kita explore dan mencari jawapan InsyaAllah🙂

lazimnya bila kita bercakap tentang manusia, kita akan terbayang tentang satu susuk tubuh. kita manusia secara amnya terdiri drpd 2 komponen iaitu roh dan tanah. Dalilnya adalah firman Allah dalam Surah As-Sajdah (32:7-9):

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; (7) Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; (8) Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (9)

ayat ini menceritakan tentang kejadian kita dari tanah. penciptaan manusia pertama adalah daripada tanah iaitu nabi Adam. Dan penceritaan tentang nabi Adam tidak berakhir disitu sahaja. Allah menceritakan tentang kisah penciptaan nabi Adam dalam surah Al-‘araf dari Ayat 11 hingga ayat 25 (7:11-25).Dalam ayat ini ada kisah yang detail apa yang berlaku setelah Allah berfirman kpd malaikat. Allah memerintahkan malaikat mengambil beberapa jenis tanah daripada bumi.Tanah ada pelbagai jenis; tanah liat, tanah gambut, tanah pasir. dalil manusia dari tanah :

Surah Al-An’aam ayat 2

Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). (2)

Surah Ar-Rahman ayat 14

 Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar. (14)

Surah Al-Ahzab ayat 11

Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula). (11)

Surah Al-Hijr Ayat 26

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. (26)

kita kadang-kadang  geli dengan tanah berlumpur yang kotor. sepatutnya kita kena sedar.yang kita daripada tanah. jadi kita tak sepatutnya menjadi makhluk yang sombong dimuka bumi. Nabi Adam dijadikan dr tanah manakala keturunan Nabi Adam dijadikan drpd persenyawaan.

Jadi boleh dikatakan manusia juga dijadikan drpd air mani. Kalau fikir-fikir balik, dari mana tempat keluar air mani, kita akan rasa geli.  Air mani tak boleh guna untuk bersuci pon. Tapi disitulah Allah telah meniupkan roh, yang memberikan kita manusia satu kemuliaan. Roh itu yang menghidupkan Nabi Adam. Dengan bentuk dari tanah shj, manusia belum lengkap.

Roh yang melengkapkan manusia. Cth labu sayong. Tiada roh jadi labu sayong tidak bernyawa, hanya sekadar sebuah benda yang berbentuk.
Bila tiada roh dalam badan, kita tak panggil manusia dah. Kita panggil mayat. Jadi kesimpulannya, apa yang ada dalam badan manusia yang menyebabkan kita panggil manusia itu manusia? Jwpnnya adalah roh.Kemuliaan manusia itu terletak pada roh. Ketaqwaan juga terletak pada roh manusia.

Manusia terdiri drpd tanah dan roh. Dua-dua ada keperluan yang berbeza. Kalau tanah, kita perlukan something daripada tanah. Kita makan sayur yang ditanam dalam tanah. Itu kita beri kecukupan kepada keperluan fizikal kita. Kalau roh, kita perlukan bekalan dari empunya roh itu, iaitu Allah. Sebab Allah yang meniupkan roh kepada manusia.
Allah telah beri kita kemudahan yang mencukupi untuk memenuhi tujuan penciptaan kita.

3 elemen penting pada manusia:

hati

  • hati ibarat raja yang mengawal aktiviti kita.
  • hati punya kesan yang besar ke atas tindakan kita.
  • dalam hati ada keazaman.
  • tempat menakung iman

akal

  • tempat simpan ilmu
  • menghayati keindahan alam. berfikir tentang kebesaran Allah.

jasad

  • anggota mengamalkan apa yang kita dah paham.
  • (7:179)

ketiga-tiga elemen ini memikul amanah untuk beribadah kepada Allah (51:56) dan sebagai khalifah (2:30).
kesimpulannya kesemua ini tidak akan berakhir didunia shj. Semua orang akan mati dan diberi balasan di akhirat kelak.manusia dicipta dengan tujuan tertentu.Allah mencipta alam untuk manusia. Supaya mudah untuk manusia mencapai tujuan penciptaannya.manusia ini bersaudara atas dasar akidah. bukan warna kulit.kita kene laksanakan amanah yang diberi kepada iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah.kehidupan kita didunia ini bukan untuk main-main sebab nanti ada balasan di akhirat kelak.

Allahu a’lam


Posted in Nota | Leave a comment

Audio Kuliah Tajwid 01/05/2012

بسم الله الرحمن الرحيم

insyaAllah bagi sesiapa yang terlepas kuliah tajwid minggu ini, bolehlah download dekat link berikut ye insyaAllah..

link: http://www.4shared.com/mp3/Tsxhe2Am/Kuliah_Tajwid_01_05_2012.html?

Semoga bermanfaat insyaAllah😀😀

Posted in Audio, Download | Leave a comment

Audio Kuliah Tajwid untuk di Download

Assalamu ‘alaikum wbt..

insyaAllah buat siapa-siapa yang terlepas kuliah tajwid yang lepas-lepas, bolehlah download dekat link2 berikut ye..bagi yang nak ulang dengar pon boleh download juga..semoga bermanfaat :):)

kuliah 1st : http://www.4shared.com/mp3/gY_vQ3BM/Kuliah_Tajwid_20_03_2012.html?

kuliah 2nd :  http://www.4shared.com/mp3/PDGiY5Fi/Kuliah_Tajwid_3_04_2012.html?

kuliah 3rd :  http://www.4shared.com/mp3/2TIxoqCV/Kuliah_Tajwid_17_04_2012.html?

Posted in Audio, Download | Leave a comment

Kuliah Syifa April

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas limpahNya, Kuliah Syifa akan kembali lagi April ini, dengan nafas baru. jengjengjeng😉

Insyaallah Kuliah Syifa pada kali ini akan bersiaran pada :
21 April 2012
Jam 9:00pm (waktu Jerman)
Medium :
1) Paltalk

– Sila layari http://www.express.paltalk.com ,daftar dan cari chatroom Kuliah Syifa.

(anda disarankan untuk download paltalk berbanding menggunakan express paltalk untuk mendengar dengan lebih jelas tanpa masalah)

2) Skype

– Sila daftar masuk ke Skype dan add salah satu dari id berikut;
• kuliah.syifa.1
• kuliahsyifa2
• kuliah.syifa.3
• kuliahsyifa4
• kuliahsyifa5
• kuliah.syifa.6
• kuliah.syifa.7

don’t forget to LIKE our facebook page!

Spread the words and don’t miss it!😀

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kuliah Tajwid & Tadarus

Insyaallah Kuliah Tajwid & Tadarus akan bersiaran lagi seperti yang dijanjikan pada 17hb April 2012, Selasa ini pada jam 8.30pm (waktu Jerman)

Bagi mereka yang masih menghadapi masalah mengendalikan Google+, bolehlah merujuk pada post sebelum ini.

Sebarang pertanyaan juga boleh disertakan di comment di bawah. =D

Jumpa anda nanti!

ps: jangan lupa tandakan di kalendar anda temujanji kita setiap 2minggu selasa jam 8.30pm insyaallah..🙂

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment