[Nota] Hakikat Kejadian Manusia

Alhamdulillah setelah agak lama di bebani dengan ujian ujian dunia,jiwa yang ketandusan makanan di beri peluang mengisi rohnya dengan santapan Kuliahonline @ Kuliahsyifa pada kali ini dengan tajuk Hakikat Kejadian Manusia oleh penceramah khas cik Nurizzati dari France.

Setelah majlis di buka dengan umul Kitab Al – Fatihah,saudari pengerusi menarik perhatian ukhti ukhti yang khusyuk mendengar dengan ayat dari Surah Al’Alaq yang bermaksud :

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (1-5)

Keistimewaan Manusia

Manusia adalah makhluk yang teristimewa yang dicipta oleh Allah Tuhan yang Esa. Manusia adalah satu-satunya ciptaanNya yang diberi akal untuk berfikir.Lihat sahaja bagaimana malaikat yang dijadikan dari cahaya merasa kagum dengan kita yang sekadar dari tanah namun mampu memberi nama pada sesuatu seperti pokok,bunga dan matahari.

Hebat bukan?!

Bagaimana manusia dengan kelebihan ini mampu mendalami bidang-bidang seperti geografi, perubatan, astronomi.Tanpa akal mampukan manusia melakar peta dunia?Tanpa akal sejauh mana ilmu hisab dan seni mampu di dalami?

Namun sehebat mana akal manusia, khalifah-khalifah yang dilantik untuk mentadbir bumi ini masih gagal untuk berfikir tentang penciptaan manusia itu sendiri.Jika tidak, masakan lahirnya 7 Keajaiban Dunia seperti Tembok Besar China atau Piramid di Giza.Mengapa ciptaan tangan manusia ini sendiri dipanggil keajaiban dunia? Kerana sehingga kini, manusia abad ke-20 masih tidak menemui jawapan, bagaimana generasi generasi dahulu mampu membina bangunan- bangunan ini tanpa teknologi yang tinggi. Terbatas akal manusia bila berfikir tentang kemampuan manusia itu sendiri.

Tapi beruntungnya kita sebagai kaum muslimin kerana diberi kurniaan oleh Allah berupa surat cinta yakni Al-Quran.Kitab unggul ini adalah panduan untuk kita mengenal diri kita sendiri sebagai manusia atau lebih tepat hamba pada Yang Zat.

Seperti Surah  Al-Isra’ ayat 17 yang berbunyi :

Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang ruh.Katakan lah, “Ruh itu termasuk urusan Tuhanku.sedangkan kamu di beri pengetahuan yang sedikit”

Akal manusia terbatas.Tapi Allah mengirimkan ‘manual hidup’ ini untuk manusia lebih tahu dan memahami.

Asal-usul Kejadian Manusia

Pasti kita tahu atau paling tidak terfikir,bagaiman manusia itu terjadi.Bagaimana setiap rongga badan tercipta dan terbentuk.

“Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;  Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”

(As-Sajdah 32 :7-9)

Dapat diringkaskan penciptaan manusia dalam bentuk formula: TANAH + RUH = MANUSIA

Perumpaan yang dapat kita samakan adalah seperti patung boneka yang di masukkan bateri padanya.Seperti itulah jasad yang ditiupkan ruh oleh Allah untuk melengkapkan lagi kejadian anak adam.Dari setitis air mani yang hina kita diangkat menjadi hambaNya yang mentadbir alam.Subhannallah!

3 Element Penting Dalam Diri Manusia

  • Jasad
  • Akal
  • Hati

Jasad, tubuh atau anggota badan asalnya adalah tanah. Manusia yang hanya berjasad tak ubah seperti binatang. Bertubuh tapi tidak berakal. Badan dari bentala ubatnya juga bentala. Jika kita luka,sapu sahaja ubat. Jika kita sakit, telan sahaja paracetamol mahupun strepsil.

Allah menaikkan darjat manusia dari binatang dengan mengurniakan akal, elemen kedua. Dengan akal manusia mampu berfikir, merenung sejenak, berimaginasi dan sebagainya. Lihat sahaja rekaan-rekaan kreatif manusia hasil dari akal yang berfikir.Malah Allah sendiri menyuruh orang orang beriman untuk sentiasa berfikir.

“…Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?”

(Yusuf 12 : 109)

Sentiasalah berfikir wahai umat Islam. Rajinkan akal untuk memikirkan hal umat dan agama. Dari bagaimana untuk mewujudkan suasanana Islam hingga bagaimana ingin mendirikan sebuah Negara Islam. Seperti kata-kata,“bila diri tidak di sibukkan dengan perkara perkara yang besar,diri akan di sibukkan dengan hal hal yang remeh dan kecil”.

Jika makanan jasad adalah ubat,apa pula santapan akal? Berfikirlah dan berfikirlah. Ratahlah ilmu alam yang diajar guru, asahlah kebijaksanaan dan kepintaran akal dengan mencipta dan berhujah.

Bagaimana pula hati? Disinilah yang membezakan umat Islam dan orang-orang kafir. Mereka orang kafir sentiasa di pandang tinggi dunia kerana hasil kerja tangan mereka yang memudahkan kerja pada masa kini.Ciptaan robot,kapal terbang,telefon memudahkan pelbagai urusan.Tapi bagaimana hati?Hati yang sinonim dengan perasaan dan emosi.Mereka masih buntu dan tercari-cari,apakah makanan untuk dijamah hati. Pemikiran-pemikiran cetek berkaitan hati inilah yang melahirkan muzik yang kononnya mengasyikkan, membuai hati dengan rasa tenang. Namun ketenangan yang mereka dapat hanyalah sementara. Hati mereka masih terus gusar.Lalu mereka isikan pula dengan arak dan dadah yang kononnya memberi kebahagiaan hingga ke syurga. Hasilnya mereka bukan menjamu hati tapi sebenarnya mematikan hati mereka.Sungguk cliché dan sedih.

Bagaimana dengan kita?Beruntunglah setiap hamba Allah yang beriman,kerana Allah memberi Al-Karim sebagai pengisi hati.Hati di mana ya ukhti?

“maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

(Al-Hajj 22: 46)

Hati adalah kunci pada tindak tanduk manusia. Seperti sabda Rasullallah dalam sebuah Hadis :

“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati”.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu betapa pentingnya kita perlu menjaga hati.Jangan biarkan hati kita tertutup dan terkunci.Bilamana hati kita telah tertutup,maksiat dan perkara perkara mungkar dianggap biasa dan tidak berdosa.Nahjitahnya betapa banyak kes kes pembuangan bayi di Malaysia,pergaulan bebas lelaki dan perempuan,kelab malam yang saban hari di penuhi dengan umat Islam yang mabuk dan khayal.

Jangan juga biarkan hati sentiasa kotor.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali bila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak [makanannya] [3], tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan bila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa asyik memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi lalu Nabi malu kepadamu [untuk menyuruh kamu keluar], dan Allah tidak malu [menerangkan] yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu [keperluan] kepada mereka [isteri-isteri Nabi], maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti [hati] Rasulullah dan tidak [pula] mengawini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar [dosanya] di sisi Allah.”

(Al-Ahzab 33 :54)

Malah dalam Al-Quran sendiri telah tercatit,bagaimana sahabat sahabat Rasulallah yang memang tinggi tahap imannya perlu memakai tabir ketika berbicara dengan isteri-isteri Rasullallah yang sedia kita maklum betapa menjaga kehormatan diri.Inikan pula kita yang sentiasa pasang surut imannya,kadang kala tergelincir di jalan lagha.

Ingat lah dengan mengingat Allah hati menjadi tenang dan tenteram.Jadi bagaimana kita memberi santapan pada hati?Berbanyaklah berzikir dan membaca Al-Quran.Kitab suci itu bukan sahaja dibaca,tetapi di tadaburi dan di fahami.Lihat la pada kejadian alam dan bersyukurlah pada Allah.

Dengan ketiga tiga elemen ini yang sentiasa di jamu dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah, mampulah kita sebagai umat Islam mencipta satu sistem kehidupan yang memenuhi keperluan lahiriah dan rohaniah manusia iaitu sistem ISLAM.

About kuliahsyifa

Kuliah Umum Online Deutschland
Gallery | This entry was posted in Nota. Bookmark the permalink.

2 Responses to [Nota] Hakikat Kejadian Manusia

  1. huda says:

    suka sgt topik ni..
    syg kalau kita tak cuba kenal diri sndiri sedangkan dah hidup berpuluh tahun

  2. nur says:

    bagus topik ini pada kita hamba allah dan mensyukuri kurniaanya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s